“Kluster baru virus di Sarawak” – 3 Beranak Meninggal Dunia, Berjangkit Dengan Ahli Keluarga Pulang Dari Itali

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Menurut  Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, setakat jam 12 tengah hari semalam Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,031 kes. 

Terbaru, Malaysia mencatatkan dua lagi kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 26 kes.

Setakat ini, Sarawak dilaporkan mencatatkan 85 kes positif Covid-19 dan 5 kematian. Menurut Awani, 3 daripada 5 kematian itu adalah anak beranak dari Kuching dan mereka dipercayai telah dijangkiti kes import dari Itali.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata individu pertama yang dijangkiti dalam keluarga itu bagaimanapun masih hidup. Pesakit itu yang kembali dari Itali telah diuji positif dan sehingga kini kesihatannya terus dipantau.

Pesakit (pulang) dari Itali yang mana tiga anggota keluarga meninggal dunia. Individu pertama yang dijangkiti masih hidup tetapi ibu dan dua beradik meninggal dunia.”

Tiga beranak yang meninggal dunia itu adalah:

  • Ibu – Meninggal dunia pada 18 Mac 2020
  • Anak perempuan – Meninggal dunia pada 21 Mac 2020
  • Anak lelaki – Meninggal dunia pada 23 Mac 2020

Dr Sim juga berkata kesemua kes Covid-19 di Sarawak kini adalah kes import di mana terdapat kluster baru virus melibatkan rakyat Sarawak yang kembali dari Belanda dan Scotland.

Disebabkan itu, beliau merayu kepada orang ramai untuk patuh kepada segala arahan dan saranan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Seseorang itu mungkin tidak ada gejala tetapi mereka boleh menyebarkan virus kepada ramai orang.”

Justeru, masyarakat kita harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah.”

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat Kematian Ke-24 Covid-19

Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!