in

Mangsa Nahas LRT Boleh Tuntut PERKESO

Az345

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana mangsa nahas LRT kelmarin dibenarkan menerima faedah PERKESO, menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya menerusi Perkeso bersedia membantu mangsa kemalangan yang layak dengan faedah mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan juga Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Katanya menerusi Sinar Harian, Perkeso ada sediakan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan ketika bekerja atau semasa perjalanan pergi dan balik dari kediaman serta tempat kerja menerusi Skim Bencana Pekerjaan.


 

Mangsa kemalangan yang mencarum dengan Perkeso dan disahkan mengalami kes Bencana Kerja layak menerima bantuan faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan.” 

1076368

Tambah beliau lagi, mangsa kemalangan daripada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang berdaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta 789 juga layak memohon faedah Perkeso jika kemalangan tersebut berlaku sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri atau dalam perjalanan pergi bekerja atau balik ke rumah.

Kata Saravanan, antara manfaat mangsa kemalangan yang layak di bawah kedua-dua akta tersebut adalah rawatan perubatan percuma di klinik panel Perkeso atau klinik dan hospital kerajaan menerusi faedah perubatan.

“Mereka yang diberi cuti sakit disahkan oleh doktor pula akan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sepanjang tempoh cuti sakit,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa, jika ada mangsa yang disahkan cedera parah hingga menyebabkan hilang upaya kekal akibat kemalangan tersebut, mereka akan dibantu dengan Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Kemudahan Pemulihan Jasmani iaitu bekalan alat-alat prostetik, ortotik dan ortopedik seperti kaki dan tangan palsu, kerusi roda, tongkat dan kasut khas.

Disebabkan itu, Saravanan menyeru majikan atau ahli keluarga mangsa supaya segera mengemukakan tuntutan permohonan faedah di mana-mana pejabat Perkeso yang berdekatan dan boleh hubungi nombor careline Perkeso di 1-300-22-8000 atau e-melkan kepada perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Baca : “Social distancing ke laut” – SOP Diperketatkan, Pengguna LRT Terpaksa Berhimpit Sebab Kekerapan Tren Berkurang

Sop

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.