in

“Social distancing ke laut” – SOP Diperketatkan, Pengguna LRT Terpaksa Berhimpit Sebab Kekerapan Tren Berkurang

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan yang berlaku semalam dan pengurangan operasi tren kerana SOP diperketatkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pengguna LRT meluahkan rasa bimbang mereka dengan kepadatan penumpang pagi tadi.

Beberapa pengguna di media sosial telah memuat naik suasana di stesen selepas RapidKL mengurangkan kekerapan LRT, MRT, monorel dan bas kepada setiap 10 hingga 30 minit bagi mematuhi pengurangan pengangkutan awam sebanyak 50 peratus dari kekerapan asal.


Sebab SOP baru kat train, sekarang train jadi pack macam sardin balik. Kelaut social distancing.”

E2Mdocgvoaiv0Lg

Seorang lagi pengguna turut berkongsikan gambar menunjukkan orang ramai beratur panjang untuk masuk ke dalam stesen LRT sekaligus akan menyebabkan kesesakan sebab semua orang nak masuk ke dalam tren untuk sampai pejabat tepat pada masa.

Screenshot 2021 05 25 At 3.10.00 Pm Down

Dalam kenyataan hari ini, pihak Prasarana Malaysia Berhad mengatakan perkhidmatan mereka akan beroperasi dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu biasa, lapor MalaysiaKini.

Para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa. Kekerapan tren mungkin akan diubah suai mengikut keperluan semasa operasi.”

Selain itu, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pula masih menjalani kerja-kerja pembersihan dan pemulihan akibat daripada kemalangan malam tadi dan dijangka pulih dan boleh beroperasi sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.

Susah kalau kekerapan tren dikurangkan ni, sebab semua orang kena juga sampai kerja on time. Bila tak ada penjarakan sosial macam ni, risiko jangkitan pun makin besarlah. Harap kerajaan boleh kaji semula SOP ni untuk pastikan keselamatan awam terjamin.

 

Baca: Ini Kronologi Insiden Pertembungan Dua LRT Di Laluan Kelana Jaya Semalam

Collage 39

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.