in

“Malaysia Selamanya” – Lagu Khas Yang Dikarang Bagi Meraikan Pembentukan Malaysia Pada 1963!

Lagu Hari Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal hari merdeka, pastinya ramai yang tahu tentang pelbagai lagu patriotik yang dibuat khas bagi menyambut kemerdekaan, antaranya ‘Tanggal 31‘, ‘Inilah Barisan Kita‘, ‘Saya Anak Malaysia‘ dan lain-lain lagi.


Namun, mungkin tak ramai yang tahu sebenarnya ada sebuah lagu yang dikarang khas bagi meraikan pembentukan Malaysia atau senang cerita lagu ‘Hari Malaysia’ yang dikarang oleh penyanyi, pemimpin orkestra serta pemain trumpet terkenal di Kanada iaitu Bobby Gimby!

Lagu bertajuk ‘Malaysia Selamanya’ atau Malaysia Forever sebagai lagu patriotik untuk memperingati kelahiran negara baru iaitu Malaysia selepas kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke Tanah Melayu.

Screenshot 1 1

Berikut adalah trivia dan fakta menarik tentang lagu tersebut :

Digelar lagu ‘tak rasmi’ kebangsaan

Lagu Malaysia Forever ini digelar lagu ‘tidak rasmi’ kebangsaan oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman berdurasi dua minit.

21557878 2189169884643107 60322208346024357 N

Ditulis oleh pemimpin orkestra terkenal Kanada

Digelar ‘pied-piper‘ di Kanada, Bobby Gimby adalah pemimpin orkestra Kanada dan dilahirkan pada 1918 di Cabri dan kesemua ahli keluarganya merupakan ahli muzik.

Pada penghujung kariernya sekitar tahun 60-an, Bobby bekerja sebagai penulis lagu untuk iklan dan secara kebetulan, berada di Singapura untuk urusan perniagaan. Beliau menulis lagu ini bagi menyambut pembentukan Malaysia.

Diajar di semua sekolah

Lagu ini menjadi ‘fenomena’ dan menjadi siulan ramai dan diajarkan ke sekolah-sekolah sebelum penubuhan Malaysia. Ia menjadi hit pada waktu tersebut apabila mula dimainkan di radio.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh pasukan koir Sekolah Vokasional Marymount Singapura dan dimainkan di radio setiap kali merdeka.

Bobby melakukan perarakan ala ‘pied-piper’

Bobby Gimby1 18092020

Mendapat gelaran ‘pied-piper Kanada’ di Malaysia disebabkan gaya persembahannya yang membawa perarakan ketikan membawakan lagu Malaysia Forever.

Beliau mengetuai lebih 100 orang pelajar sekolah telah berarak di jalanraya Singapura setelah disyorkan oleh anaknya.

Lagu ‘dilupakan’ selepas Singapura keluar Malaysia

Selepas 2 tahun meraih populariti, lagu Malaysia Forever ini semakin dilupakan selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 disebabkan tidak sehaluan dari segi politik serta ekonomi.

Jom kita dengar dan hayati mesej yang dibawakan dalam lagu tersebut.

Sangat menarik apanila sebuah lagu boleh menyatukan ramai orang ketika itu, dan konsep yang sama dibawakan dalam sambutan hari Malaysia iaitu perpaduan antara pelbagai kaum di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Tahun ini, sambutan Hari Malaysia buat julung kalinya akan diadakan di Semenanjung Malaysia iaitu di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka.

Sumber : BobbyGimby | Malay Mail

Baca : Konfrantasi 1963: Ramai Tak Tahu Kisah Perjuangan Samy Vellu Disebalik Insiden Ini

Samy Vellu Insiden 1963 Hari Malaysia

Sumber: Arkib Negara
Sumber: Facebook
Sumber: BobbyGimby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.