in

“Mak bapak ko jugak yang susah nanti” – Remaja Didenda RM 10 Ribu Dan Penjara 3 Bulan Sebab Hina Polis

Combine P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat perbuatan diri sendiri, seorang remaja yang merupakan seorang pembantu kedai ditangkap akibat menghina pihak polis di laman Facebook. Dia didenda sebanyak RM 10,000 dan penjara 3 bulan kerana memuat naik status jelik yang ditujukan kepada pihak polis pada 27 Mac lalu, lapor Berita Harian.


S 3

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di depan Hakim Murtazadi Amran.

Photo 2020 03 31 11 52 16 1585629312

Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara.

Dia memuat naik status sedemikian kerana marah dengan tindakan pihak polis yang menyuruhnya untuk pulang ke rumah ketika membuat operasi Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rata-rata netizen memberi respon dan berharap agar orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada kejadian ini.

Kesian kat family

Fbbbb

Semoga orang lain ambil iktibar 

F

Baca : “Pandai buat pandai tanggung sendiri” – Lelaki Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah Hina PDRM

Kepala

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Fcaebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.