in

Rasmi! Larangan Berbasikal di Lebuh Raya, Boleh Didenda RM1000 Atau Penjara 3 Bulan Atau Kedua-duanya

Gambar Hiasan 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama berteka-teki tentang isu berbasikal yang kian menjadi trending pada masa kini, akhirnya Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa basikal kini adalah dilarang ditunggang di lebuh raya.

Imej hobi yang kian diminati ramai rakyat Malaysia itu seakan tercalar apabila segelintir ‘pencinta’ hobi itu buat ‘hal’ dan boleh dikatakan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Justeru itu, denda RM1000 bakal dikenakan pada yang ingakar arahan dilarang berbasikal di lebuh raya. Lebih teruk lagi, selain denda hukuman penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali turut menanti pada sesiapa yang masih berdegil untuk ‘ride’ di lebuh raya.

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3574059799270968/?extid=Jdm0D97Tl05MlPBr&d=n

Ketiga-tiga hukuman itu bakal dikenakan di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

Rata-rata netizen turut gembira dengan larangan terbaharu ini. Gembira mereka bukanlah bersifat membenci, namun jika difikirkan tentang risiko yang bakal dihadapi bukan sahaja penunggang basikal, malah pengguna lebuh raya yang lain, ianya bakal menggugat keselamatan semua.

Jadi, kepada para ‘riders’ semua, kayuh je area taman taman okay…

 

Baca: Setakat ini tiada rancangan basikal perlu didaftar, dilesen atau diletakkan nombor plat -Menteri Pengangkutan

Capture 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.