in

Langgar Polis Trafik, Pelajar Dipenjara Tiga Bulan & Lesen Digantung

Featf 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti dah tengok video orang langgar polis trafik yang viral baru-baru ni kan? Kalau belum korang boleh tengok video kat bawah ni.


Cerita dia, Selasa lepas, seorang pelajar kolej berusia 25 tahun telah melanggar seorang anggota polis trafik yang tengah mengawal lalu lintas di interseksyen dekat dengan Dataran Merdeka.

Kalau korang tengok video kat bawah ni, korang boleh nampak pegawai polis yang tengah jaga trafik dekat tengah jalan tu dirempuh oleh kereta Mercedes berwarna coklat.

https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/videos/2090086801087136/

Nasib baik, pegawai polis ni tak cedera parah. Namun, malang bagi pelajar 25 tahun ni bila dia dibawa ke balai polis trafik sejurus selepas kemalangan.

Menurut Malay Mail, pelajar ini telah dijatuhkan hukuman 3 bulan penjara dan didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah melanggar pegawai polis tersebut.

Tan Wooi Zhan 0304

Pemandu ini didakwa atas kesalahan kecuaian ketika memandu sewaktu pendengaran pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini. Tertuduh juga tampil tanpa peguam dan meminta hukuman diringankan kerana dia masih belajar.

Dia juga mendakwa kemalangan itu berlaku kerana ada kereta tiba-tiba masuk ke lanenya.

Selepas dijatuhkan hukuman 3 bulan penjara, hakim mengatakan hukuman penjara akan ditambah lima bulan sekiranya pelajar ini tak membayar denda RM5000. Lesen memandunya pula digantung tiga tahun.

Harapnya kemalangan ni jadi pengajaran untuk kita semua. Bawa kereta tu tengok-tengok sikit kiri kanan. Paling penting, jangan lupa bagi signal bila nak belok!

 

Baca: “Percuma anak orang kau langgar” – Pemandu Mabuk Rempuh Mati Budak 10 Tahun

Screenshot 2019 04 04 At 5.51.41 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.