in

Macam Taj Mahal Tapi Di Kedah, Istana Sepachendera Lambang Cinta Sultan Kedah Kepada Isterinya Yang Dibina Dengan Putih Telur & Madu

Sepachendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang kisah cinta agung, korang mesti akan ingat tentang Romeo dan Juliet, Uda dan Dara serta Shah Jihan yang membina Taj Mahal buat isterinya kan?


Tapi korang tahu tak dekat Malaysia pun ada satu istana yang boleh disamakan seperti Taj Mahal kerana pemiliknya membina istana tersebut buat isteri yang tercinta.

Istana itu dinamakan Istana Sepachendera bersempena nama isteri Sultan Kedah yang lampau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya iaitu Che Sepachendera. 

Keadaan Istana Sepachendera Yang Terbiar

 

Dibina pada tahun 1822, jadi rumah kepada isteri pertama Sultan 

Telah dibina pada tahun 1882, Istana Sepachendera ini terletak di Jalan Kampung Baru, Alor Setar, Kedah. Ia katanya telah terbiar sejak tahun 2000 lagi dan ada juga di kalangan masyarakat Kedah sendiri tidak tahu menahu mengenai istana ini.

Istana ini telah dibina oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-26 untuk Che Sepachendera, isteri pertama sultan.

Keadaan Istana Sepachendera Yang Terbiar 0

Malah bagi yang tak tahu, Sultan Abdul Hamid Halim Shah juga sebenarnya bapa kepada Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Namun Tunku bukanlah anak Che Sepachendera tetapi anaknya dengan isteri lain bernama Che Manjalara.

Melalui carian Wikipedia, admin dapat tahu sebenarnya Sultan Abdul Hamid ada lebih tujuh orang isteri dan berpuluh orang anak. Waaa… 

Abdul Hamid Halim
Sultan abdul hamid halim shah

Pun begitu, Istana Sepachendera ini katanya menjadi penguat cinta pasangan ini kerana anak sulung mereka, Tunku Ibrahim dilahirkan di sana digelar sebagai Tunku Sulong. Anak-anak lain yang lahir di istana ini termasuklah Tunku Rokiah, Tunku Zamzam dan Tunku Kasim (Tunku Laksamana).

 

Istana dibina dengan putih telur dan manisan lebah, tak bersemut ke?

Meskipun istana utama pada waktu itu ialah Istana Kota Setar yang kini sudah menjadi Muzium Diraja Kedah, Che Sepachendera ini katanya tidak tinggal di sana dan menetap di istana yang telah dibina buatnya ini.

Capture 20190211 114920
Gambar dipercayai che sepachendera bersama sultan abdul hamid halim shah

Beliau tinggal di istana ini sehingga menghembus nafas terakhir pada tahun 1907. Apa yang menarik mengenai istana ini ialah ia dibina dan diperbuat daripada putih telur dan madu sebagai pelekat dan cantuman pada bahagian bangunan.

Putih telur dan madu itu pula katanya dicampur dengan pasir dan dijadikan sebagai simen. Jadi tak bersemut lah rasanya…

Saya difahamkan penggunaan putih telur dan manisan lebah itu diletakkan di bahagian dinding dan bumbung untuk menguatkan struktur bangunan itu daripada ditelan zaman.

“Saya percaya kedua-dua bahan itu juga turut berperanan sebagai gam untuk melekatkan selain menguatkan struktur antara simen dan batu di bangunan terbabit.

“Berikutan istana itu dibina untuk isteri Sultan Abdul Hamid, Sepachendera yang berasal dari Siam, saya percaya semua bahan manisan lebah dan putih telur itu diperoleh dari negara itu,” kata sejarahwan, Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof kepada Berita Harian.

Evnch01Uyam0R1R
Layout istana sepachendera

Hebat juga teknologi zaman dulu! 

 

Dulu jadi institusi pendidikan, kini makin dimamah usia & uzur?

Sebenarnya, kalau dilihat kepada struktur binaan istana ni, memang agak sedih jugalah kerana ia tidak dijaga dengan baik dan kelihatan makin uzur walaupun binaannya masih kukuh.

Kalau korang nak tahu, istana ini pernah menjadi tempat golongan kerabat Diraja mendapatkan pendidikan awal apabila Tunku Ibrahim menubuhkan sekolah Inggeris perempuan pertama yang dinamakan Sekolah Perempuan Kampung Baru.

Sejarah Istana Sepachendera

Selepas sekolah itu dipindahkan ke Jalan Langgar, istana ini berubah pula menjadi Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan tak lama lepas tu berubah pula menjadi Pejabat BOMBA dan Sekolah Bahasa Jepun pada 1942 dan 1943.

Fungsi istana ini berubah secara sepenuhnya pada tahun 2000 apabila ia dijadikan kediaman pelajar lelaki Kolej Lelaki Insaniah (KUIN). Tapi kini ia tidak berpenghuni dan terbiar tanpa sebarang jagaan.

Vibes260519Ialore 1558829727

Kini binaan ini terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Al-Haj dan istana ini juga katanya mempunyai campuran reka bentuk dari Siam dan Melayu kerana Che Sepachendera ini asalnya orang Siam.

Sayang kan kalau dibiar macam tu saja? Mesti ramai yang takut nak dekat sebab dimomokkan dengan kisah hantu dan bangunan lama. 

Sumber: Berita Harian

Baca: Taj Mahal: Lambang Cinta Agung Yang Diabdikan Namun Tersimpan 1001 Rahsia

Amalina

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Wikipedia
Sumber: Blog
Sumber: Twitter
Sumber: Blog
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.