Kalau tahun lepas negara jiran kita yang terkena musibah buruk ini, kali ini Australia pula menerima nasib yang serupa apabila langit di New South Wales bertukar jadi merah akibat kebakaran hutan yang teruk.
Menurut Daily Mail, 17 orang dilaporkan mati, 18 lagi hilang dan lebih 1,400 orang kehilangan rumah mereka. Lebih menyedihkan 500 juta haiwan juga dilaporkan mati! Aduh…
https://twitter.com/goodoldcatchy/status/1212755943102058501
Langit Australia berubah jadi merah darah
Akibat daripada keadaan buruk ini, New South Wales telah diisytiharkan 7 hari darurat bermula hari ini. Beberapa gambar yang mengejutkan mengenai situasi di Australia juga kini tersebar di media sosial.
Antara yang paling mengejutkan ialah langit negara yang terkenal dengan haiwan kanggaru itu kini telah berubah jadi merah darah! Berikut antara perkongsian di Twitter.
#Mallacoota is turning pinkish red. Still no flames visible from where I am but plenty of hot embers and the roar is undeniable. VicEmergency notifications are going wild. pic.twitter.com/ang6eTWz8B
— Brendan (@brendanh_au) December 30, 2019
Sister in a BRIGHT ORANGE work suit blending in with the #Mallacoota sky pic.twitter.com/SfK93GhbUU
— Brendan (@brendanh_au) December 30, 2019
welcome to 2020. Australia is literally burning. 4,000 people have fled to Mallacoota beach as a bushfire bears down on them. 7.4 million acres of land (the size of Belgium) have already burned. This climate emergency is our new reality, and this is yet another warning pic.twitter.com/HGTG4a8yhl
— Tom Warren (@tomwarren) December 31, 2019
Bukan New South Wales saja yang terkesan dengan kebakaran ini, daerah seperti Victoria (termasuk Melbourne dan Sydney), dan Australian Capital Territory (ACT) juga kini diselubungi asap.
https://www.instagram.com/p/B6t8scogfdn/?utm_source=ig_embed
Koala dan kanggaru melecur akibat kebakaran
Paling menyedihkan ialah keadaan haiwan seperti koala dan kanggaru dilihat cedera akibat kebakaran tersebut.
Berikut beberapa imej haiwan malang ini yang dilihat cedera dan melecur akibat kebakaran. Gambar-gambar ini telah viral semenjak November lalu.




“Macam satu mimpi ngeri”
Rata-rata netizen yang terkesan melihat imej-imej di atas hanya mampu berdoa dan berharap rakyat di Australia berada dalam keadaan baik saja di sana. Menurut mangsa di sana, keadaan di tempat yang terjejas tu dah macam nak kiamat je. Kesiannya…

Apa-apapun sehingga setakat ini kerajaan menasihatkan supaya rakyat Malaysia untuk tidak bercuti ke kawasan terkesan dengan bencana kebakaran di Australia dalam masa yang terdekat ni sehinggalah semuanya baik seperti sediakala.
Kita doakan semoga mangsa baik-baik saja di sana.

