in

“Macam choral speaking” – Strategi Marketing Peniaga Air Curi Perhatian Netizen

Ayaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sebagai rakyat Malaysia mesti pernah pergi pasar malam. Memang banyak makanan yang best ada dekat pasar malam. Jadi, untuk melariskan jualan, macam-macam cara peniaga pasar malam buat untuk tarik pengunjung.


Satu kumpulan peniaga air di pasar malam ni ada cara yang tersendiri untuk promote jualan diaorang. Pengguna Twitter @aaizatnizam ada share video berdurasi 1 minit menunjukkan macam mana diaorang promote air yang dijual

Marketing baek!

Kalau diikutkan, strategi marketing yang lain dari lain ni mesti akan membawa keuntungan kepada orang yang berniaga tu. Dan netizen pun setuju dengan apa yang geng ni buat.

Screen Shot 2019 03 30 At 2.21.11 PmKalau dah macam ni, tunggu lama pun tak sedar. Lambat pun takpe, asal terhibur.

Screen Shot 2019 03 30 At 2.23.15 PmHaa tengok, baru tanya harga dah dapat free choral speaking sekali. Tapi secara tak langsung boleh tarik orang ramai datang beli juga. 

Screen Shot 2019 03 30 At 2.22.31 PmTakpa kalau lepas ni dah tak larat, boleh rakam, pastu setiap kali orang tanya boleh play dekat speaker. 

Lokasi Pasar Malam

Secara jujurnya, kami pun tak sure dekat mana pasar malam ni. Ada yang kat dekat selatan tanah air. Mungkin ada logiknya sebab boleh nampak logo JDT pada banner diaorang.

Tapi lepas kami buat research, diaorang ni berniaga di pasar malam di Melaka.

Screen Shot 2019 03 30 At 2.23.50 PmYa! Dekat Uptown Pahlawan Walk Melaka untuk hari Jumaat hingga Ahad. Untuk hari Rabu, dekat Pasar Malam Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka. Haa, apa lagi orang Melakau, boleh lah serang!

Memang hebatlah marketing strategy diaorang ni. Boleh tarik orang yang dengar dari jauh tu untuk datang. Respek!

Baca: “Harga Yahudi, sapa nak beli?” Netizen Kecam Harga Makanan Food Truck Mahal Tak SedapScreen Shot 2019 03 30 At 2.54.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.