in

“Maafkan kami adik beradik berbalah, bukan salah mak” – Syada Amzah

syada minta maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konflik keluarga ND Lala nampaknya semakin menghangat apabila masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati susulan isu penjualan rumah banglo didiami mereka.

Terdahulu, adik lelaki dan perempuan Shila Amzah mendakwa bahawa penyanyi itu bercadang untuk menjual kediaman didiami mereka sekeluarga itu tanpa berbincang dengan ibunya, Datin Fauziah Sarman.


Susulan isu yang telah menjadi perhatian di media sosial, Syada tampil memohon maaf kepada ibunya atas persengketaan yang terjadi.

Artikel berkaitan: “Kau beduk kakak kau, adik kau” – Bekas Adik Ipar Tampil Pertahankan Shila Amzah

Artikel berkaitan: “Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga

Syada juga berharap ibunya diberikan kekuatan dan ketenangan menghadapi segala konflik yang terjadi antara mereka.

Screenshot 2023 10 12 123230

“Semoga mak diberikan kekuatan dan ketenangan. Maafkan kami adik beradik berbalah, bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.

“Mak dah buat yang terbaik mendidik kami. Adah sayang mak. Insya-Allah selagi nyawa ada, segala daya saya akan jaga mak,” tulisnya menerusi satu hantaran video di Instagram Story.

Perbalahan tiga adik beradik itu bermula pada Isnin lalu apabila Syada memuat naik hantaran mendakwa yang dia dan keluarga bakal dihalau keluar daripada kediaman itu.

Selepas mencetuskan persoalan orang ramai, Shila tampil memberi penjelasan bahawa rumah terbabit hendak dijual kerana terlalu besar dan akan memberikan keluarganya kediaman baharu yang lebih selesa.

Bagaimanapun, kenyataan Shila dinafikan adik lelaki bernama Shafiq yang mendakwa kakaknya mahu menjual rumah disebabkan wang.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.