Penyanyi dengan vokal yang hebat, Shila Amzah kembali mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video pendek di akaun TikTok rasminya, @shilaamzahofficial. Video yang memaparkan visual gelombang audio ringkas itu disertakan dengan kapsyen pendek, “Anak2 meh sini berkumpul.”
Apa yang menarik perhatian adalah bait-bait lirik lagu yang didendangkan oleh Shila. Penuh emosi dan mendalam, lirik tersebut seolah-olah meluahkan rasa terkilan seorang anak terhadap bapanya.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Perkembangan Seth Uwais Sempena Hari Autisme, Bangga Anak Kini Makin Bijak
Artikel berkaitan: Dakwa Hidup Ubai Ditanggung Shila Amzah, Wanita Tampil Mohon Maaf
@shilaamzahofficial Anak2 meh sini berkumpul.
Antara baris lirik yang dinyanyikan dalam coretan berkenaan:
“Ayah… seandainya duit bukan punca, seandainya judi bukan punca… namun perempuan itu adalah punca.”
Ayah… kau serah segalanya pada mama, harusnya tanggungjawab bersama. Apakah kau lupa menjadi nakhoda,” luahnya.
Kisah Benar Ataupun Sekadar Karya Kreatif?
Mendengarkan lirik yang begitu mendalam, ruangan komen hantaran tersebut mula dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mula menebak sama ada lagu ini merupakan sebuah “true story” (kisah benar) yang dialami sendiri oleh penyanyi itu, manakala tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan isu keluarga yang pernah tular sebelum ini.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat bahawa ia mungkin sekadar teaser untuk karya terbaru Shila Amzah yang mengangkat realiti kehidupan broken home yang sering dihadapi oleh masyarakat hari ini.

Rata-rata netizen memuji bait lirik tersebut yang disifatkan sangat ‘deep’ dan meruntun jiwa, terutamanya bagi mereka yang membesar dalam situasi keluarga yang berantakan.
Sehingga kini, Shila masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi sama ada coretan tersebut merupakan luahan peribadi ataupun sekadar naskhah seni terbaru buat para peminatnya.
Sumber: TikTok
