in

“Luculah korang made my day” – Air Selangor Terima Pengiktirafan di Anugerah Air Global 2020, Ini Reaksi Netizen…

Ayaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tahun ini saja, admin rasa sudah tidak terkira banyaknya orang Selangor merungut dek kerana kerap mengalami masalah air. Masalah air ini selalunya berpunca daripada pencemaran air yang berlaku secara tiba-tiba dan juga kadang-kadang ia disebabkan paip pecah dan sebagainya.


Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan air di negeri Selangor, Air Selangor sering mendapat kritikan daripada pelbagai pihak oleh kerana kelewatan dalam pemberitahuan notis penutupan air serta kekerapan kejadian pencemaran air yang berlaku hampir dua atau tiga kali sebulan.

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan juga hari ini apabila Twitter rasmi Air Selangor mengumumkan yang mereka baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi di Anugerah Air Global 2020. 

Menurut Air Selangor, pengiktirafan ini diberikan atas kecemerlangan mereka dalam menyalurkan air bersih dan selamat kepada pengguna mereka di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di samping itu juga, Air Selangor berterima kasih atas sokongan yang diberikan dan berjanji akan memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka. Fuh! 

 

“Tengah melawak kan?” – Netizen 

Walau bagaimanapun, reaksi netizen ternyata sangat berbeza kerana mereka merasakan pengumuman daripada Air Selangor ini seakan-akan ‘joke of the day’ pula.

Joke Of The Day

Apa-apapun admin ucapkan tahniah dekat Air Selangor atas pengiktirafan tersebut. Semoga dengan pengiktirafan ini makin kuranglah masalah air di negeri ini. 

Baca: “Satu dunia dah tahu” – Saintis US Gembira Jumpa Air di Bulan, Tapi Terkejut Dapat Banyak Retweet Tentang Isu Air di Selangor

Selangor

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.