in

“Melawak kasar tu” – Ibu Terkedu Tengok Tangan Anak Patah, Didakwa Ditolak Rakan Sekolah

Budak Patah Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu mana yang tak luluh bila mendapat perkhabaran mengenai anaknya tercedera ataupun terlibat dalam kemalangan. Mesti si ibu akan berasa risau mengenangkan nasib anaknya itu.


Lagi-lagi kalau anak itu masih berada di bangku sekolah, pasti si ibu akan terkejut kalau menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah.

Baru-baru ini, melalui Tiktok seorang wanita bernama Nirwana, berkongsi detik cemasnya apabila menerima panggilan telefon daripada cikgu sekolah yang memberitahu bahawa anaknya mengalami kecederaan serius.

Screenshot 2022 11 22 115025

Menurut ibu mangsa, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu yang dikatakan terjatuh.

Dari video tersebut, dapat dilihat tangan kiri kanak-kanak itu telahpun membengkok dan berbentuk ‘S’. Nirwana terkejut apabila melihat tangan kiri anaknya yang patah itu.

Bercerita lanjut tentang detik kejadian, dalam video berasingan, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, dia mendakwa terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan itu berlaku, lapor mStar. 

Screenshot 2022 11 22 115209

Korang boleh tengok video selanjutnya di sini.

Pihak sekolah terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu.

“Melawak kasar tu. Tengok pun dah seriau..” – Netizen

Menerusi video ketiga yang dimuatnaik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa peti pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

“Pihak sekolah langsung call ambulans untuk segera datang, Masa tu ayah dia pun dalam perjalanan nak jemput dia balik sekolah,” tulisnya dalam video yang dimuatnaik.

Apa kata netizen?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap ibu bapa di luar sana dapat menasihati anak mereka supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.

Ramai juga ibu bapa yang berkongsi mengenai pengalaman yang hampir sama terjadi kepada anak mereka semasa berada di sekolah.

Screenshot 2022 11 22 115331

Screenshot 2022 11 22 115439

Kesiannya adik nii, semoga cepat sembuh!

Baca : Kipas Terjatuh Dari Siling Kelas, Pelajar Darjah 2 Patah Jari

Murid Patah Jari 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.