in

“Lepas tu bawa jalan bandar Seremban” – Baru Seminggu Berkenalan, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Lelaki Dikenali Melalui Facebook

Feature1

Seorang pelajar tingkatan 3 di Jempol telah dirogol oleh lelaki yang dikenalinya melalui Facebook, lapor Harian Metro. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata mangsa yang baru seminggu berkenalan dilaporkan keluar mengikuti suspek berusia 32 tahun itu menaiki kereta pada jam 12 tengah malam kelmarin.

Fb

Mangsa dikatakan tinggal bersama neneknya di sebuah kampung dekat Bahau dan kedua ibu bapanya telah bercerai. Difahamkan, mangsa telah dibawa oleh suspek ke sebuah hotel di Bahau dan telah dirogol di bilik hotel berkenaan. Keesokan hari mangsa yang merupakan pelajar sekolah di daerah Jempol dibawa berjalan-jalan di bandar Seremban.

Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel. Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban.”

Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam.”

Hotel

Pada jam 6.55 petang semalam (18 Oktober), mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau. Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum dia ditahan di hospital terbabit. Menurut pihak polis, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya telah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Baca: “Penuh kesan tetak satu badan” – Anak Lelaki Umur 9 Tahun Maut Dibunuh Lelaki Yang Cuba Rogol Ibunya

Oh Rangga