in

“Penuh kesan tetak satu badan” – Anak Lelaki Umur 9 Tahun Maut Dibunuh Lelaki Yang Cuba Rogol Ibunya

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun maut dibunuh lelaki yang memecah masuk rumah dan cuba merogol ibunya, lapor Tribunnews.

Ketika kejadian yang berlaku pada malam 10 September lepas, Rangga sedang tidur dan suspek bernama Samsul telah memecah masuk rumah keluarganya di Langsa, Aceh.

Samsul kemudian cuma merogol ibu Rangga berusia 28 tahun dan mengugutnya menggunakan parang. Tangan mangsa juga dilaporkan cedera terkena parang tersebut ketika cuba melawan Samsul. Difahamkan, bapanya, Fadli Fajar pergi memancing dan rumah mereka terletak jauh di dalam kebun membuatkan tiada jiran tetangga berdekatan yang dengar jeritan ibunya.

Rangga yang terjaga dari tidur terus pergi ke ibunya dan cuba untuk membantu. Namun, Samsul bertindak melibas parang ke bahagian leher, bahu dan dada Rangga membuatkan kanak-kanak itu meninggal serta merta.

Samsul kemudian melarikan diri bersama mayat Rangga dan menurut laporan, jasadnya ditemui keesokan hari, terapung di pinggir sungai tidak jauh dari rumah mereka. Menurut polis,

Sekujur tubuhnya penuh luka bacok. Mulai tangan, pundak, leher, rahang, bahu, dada, jari dan lainnya. Sungguh memilukan.”

Menurut iNews.id, kedua ibu bapa Rangga belum mahu pulang ke rumah kerana masih trauma dengan apa yang menimpa keluarga mereka. Kata bapanya,

Saya hampir tak percaya mendengar kabar Rangga meninggal. Dia meninggal terkena sabetan parang, karena berusaha membantu ibunya.”

Pihak polis telah berjaya menahan Samsul yang bersembunyi di padang bola berdekatan. Ketika cuba ditangkap, Samsul dikatakan melawan dan pihak polis terpaksa melepas tiga das tembakan ke kakinya.

Menurut polis, Samsul sudah lama memerhatikan rutin keluarga itu dan tahu bapa Rangga sering keluar untuk menangkap ikan/udang pada waktu malam.

Siapa je tak trauma kalau jadi macam ni. Moga ibu bapa Rangga kuat…

Baca: Dua Kanak-Kanak Maut Terperangkap Dalam Teksi Usang, Pengakhiran Yang Tragis

Sumber: Aceh Trend
Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews
Sumber: atjeh update