in

“Lengkap dua dos vaksin, boleh bercuti di Langkawi” – MB Kedah

Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, banyak gambar ketibaan pelancong ke Phuket tersebar di media sosial selepas pulau peranginan tersebut secara rasminya menerima kumpulan pertama pelancong ke sana dalam program ‘Phuket Sandbox’ yang bertujuan untuk memulihkan keadaan serta ekonomi pulau berkenaan.


Nampaknya, tidak lama lagi, kita di Malaysia juga boleh berbuat demikian kerana pulau peranginan Langkawi turut akan dibuka, dikhabarkan pada bulan September nanti.

Muhammad Sanusi Md Nor Kedah 160520 1 Bernama

Menurut kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju untuk memberikan bilangan vaksin mencukupi sekurang-kurangkan kepada 80 peratus penduduk pulau berkenaan sebelum ketibaan pelancong nanti.

“Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin.

Tambah Sanusi, pelancong yang hendak ke pulau ‘Permata Kedah’ berkenaan haruslah mereka yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin manakala mereka yang belum atau hanya menerima satu suntikan tidak dibenarkan melancong ke pulau berkenaan.

Pantai Cenang Langkawi

Selain itu, pembukaan Langkawi kepada pelancong ini diharapkan dapat mengembalikan serta memulihkan sektor pelancongan di pulau berkenaan yang terjejas teruk sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Sebelum ini, menteri berkenaan turut menegaskan bahawa 80 peratus daripada penduduk Langkawi perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau berkenaan sekiranya rentas negeri dan sempadan dibenarkan pada September nanti.

Sumber : Berita Harian

Baca : Suntikan Dos Kedua AstraZeneca Dipercepatkan Dari 3 Bulan Kepada 9 Minggu – KJ

Ft Doskedua

Sumber: FMT
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.