in

Lelaki ‘Kantoi Busuk’ Menyamar Jadi Polis Pangkat ACP Masuk Balai Untuk Mohon Permit Rentas Negeri

Acp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya guna gambar handphone berpakaian uniform polis lengkap, kononnya dapat lulus premit untuk rentas negeri tapi cubaan itu berubah jadi malang buat dirinya apabila dia ditahan.

 

Mengaku diri berpangkat ACP


Pada 7 Mei 2021 lepas, kira-kira jam 9.00 malam lelaki tempatan berusia 65 tahun itu datang ke Balai Polis Petaling Jaya untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid mengatakan bahawa, lelaki tersebut menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap dan mengaku diri sebagai pegawai kanan polis berpangkat ACP.

“Tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti sebagai pegawai kanan polis, suspek juga turut mengaku sebagai seorang yang berpangkat Dato’.”

https://www.facebook.com/PolisDaerahPetalingJaya/posts/3880440672055219

Disebabkan itu, pengadu yang merupakan anggota polis bertugas pada waktu itu telah meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan bahawa dirinya adalah pegawai kanan polis.

“Suspek gagal berbuat demikian. Sehubungan itu sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah menahan suspek kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam.”

Kata Mohammad Fakhruddin, suspek telah ditahan reman selama sehari dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 170 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kesalahan menyamar sebagai penajwat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menyamar dan memalsukan sebarang dokumen bagi permohonan permit rentas negeri.”

 

Baca : Viral Kisah Pemuda Hilang Ketika COD Iphone! Rupanya Diculik Pembeli Yang Menyamar Sebagai Polis

Menyamar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.