Masyarakat zaman sekarang lebih meminati untuk shopping baju secara dalam talian. Namun, tidak dapat dinafikan pembeli pastinya akan berasa takut setiap kali membeli kerana bimbang barang yang tertera di gambar tidak sama dengan barang sebenar.
Namun begitu, menurut mStar, peniaga online ini telah menjadi model bagi pakaiannya yang dijual bagi memenuhi kehendak pelanggan yang ragu-ragu dengan kesahihan barangan.
Penjual lelaki yang berbangsa Cina ini menjual gaun elegan di laman sesawang Aliexpress menggunakan profil bernama Shop739960 Store dan menjadi sensasi sekelip mata kerana rata-rata kagum dengan kesungguhannya dalam berniaga.
Gambar peniaga tersebut yang tular di Reddit baru-baru ini dipercayai telah dimuat naik oleh salah seorang pelanggannya dengan profil bernama 10Ibsofmum yang telah meminta gambar sebenar pakaian dan bukannya gambar stok.
“Saya terjumpa sebuah kedai menjual gaun labuh dan gaun pengantin jadi saya minta nak tengok gambar-gambar sebenar, bukan gambar stok dan penjual menghantar gambarnya sendiri memakai pakaian tersebut.”
Menurut Nextshark, penjual ini telah menggayakan gaun dari pelbagai jenis kain dan fesyen yang dihantar dari China berharga kurang dari RM450. Walau bagaimanapun, pelanggan kepada peniaga ini memberitahu kemungkinan besar segalanya adalah satu pembohongan.
Hal ini adalah kerana gambar yang sama pernah dimuat naik ke group di Facebook yang bernama Aliexpress and Ebay Lovers pada Oktober 2017 yang lalu oleh seorang pelanggan yang lain. Namun begitu, orang ramai tetap terpegun dan mengagumi kesungguhan peniaga ini yang sanggup mengenakan pelbagai gaun elegan wanita semata-mata untuk menjual pakaiannya.
Selain itu, mereka juga memuji kemahiran fizikal dan caranya menggayakan gaun-gaun tersebut sehingga peniaga ini diberikan gelaran Disney Princess.
Wah cayalah peniaga ini! Tak segan pun…
Baca: Pok Lam Jual Kuih Pakai Baju Dragon Ball Cuit Hati Netizen