in

Lelaki Gigih Korek Kubur Untuk Curi Tali Kain Kafan Arwah Rakan Kerana Kepercayaan Karut

Kubur Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia yang serba moden ini, jarang sekali kita dengar individu mempercayai perkara karut marut yang berkaitan hal mistik. Kalau ada pun, jarang juga kita mendengar kebenaran mengenainya kecuali hal berkaitan saka, santau dan jembalang yang datang mengganggu gara-gara tinggal di rumah yang berhantu.


Namun tak sangka pula masih ada individu yang mengamalkan perkara karut seperti ini dengan harapan untuk mendapat nasib yang baik. Menurut Coconuts, seorang lelaki Indonesia telah ditahan polis kerana mengorek kubur rakannya demi mencuri tali kain kafan atau ‘tali pocong’ untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah. Ada ke pulak macam tu? 

Ef00E7De 5413 488D A775 5Ccae6788B3E 169
sumber: detik

Semuanya bermula apabila Moh Irpan, 34, seorang pemandu van angkut kematian sahabat baiknya, Suhendra baru-baru ini. Dia dan rakan baiknya itu dikatakan telah tinggal di masjid kerana kedua-duanya hidup bergelandangan sejak empat bulan lalu.

Namun apabila Suhendra meninggal pada 28 Disember 2017, mayatnya telah ditanam pada hari sama berdekatan dengan masjid yang mereka tinggal. Lebih mengejutkan, penduduk tempatan mendapati kubur Suhendra telah dibongkarkan dan tiga tali kain kafan yang digunakan untuk mengikat jenazah arwah telah dicuri! 

Da765C37 75B0 486C 8D75 De9Ebd8Ee918
sumber: detik
46A4Dc91 72E0 4Ba4 8B9A Ed3Ab92D7408
sumber: detik

Pada 6 Januari lalu, pihak polis akhirnya berjaya menahan Irpan kerana telah mengaku mencuri tali kain kafan rakan baiknya dengan tujuan untuk mendapat nasib yang baik. Menurut Detik, Irpan percaya tali pocong itu boleh mendatangkan kekayaan kerana dia hanya bekerja sebagai pemandu van angkut sahaja. Dengan memiliki tali itu, dia berharap untuk mendapat lebih banyak penumpang daripada sebelumnya. 

Pun begitu, nasib baik yang dinanti-nanti tidak muncul juga.

“Pada hari Sabtu, dia membawa barang itu (tali) bersamanya ketika memandu van, namun dia gagal mendapatkan seorang penumpang pun,” kata Ketua Polis Tangerang Selatan, Fadli Widiyanto.

Kecewa dengan keadaan nasibnya yang tidak berubah, Irpan membuang tali tersebut ke dalam sungai. Bagaikan ditimpa nasib malang bertubi-tubi pula, Irpan ditahan kerana mencuri di kubur yang mana hukuman penjara setahun empat bulan bakal dikenakan ke atasnya. Aduhai! Kesian betul…

98E19791 Bdc2 4802 A053 0Edc93Ad1333 169
sumber: detik

Kepercayaan memiliki tali pocong ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di Indonesia. Pada September lalu, seorang penjawat awam di Indonesia telah membeli tali tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan rezeki yang berganda-ganda. Selain itu, tali kain kafan yang masih belum digunakan juga dikatakan boleh berfungsi sebagai pembawa rezeki yang baik.

Percaya? Atau tahyul semata-mata? Terpulanglah kepada anda semua. Namun adalah lebih baik jikalau kita elakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang mensyirikkan Tuhan kerana ia adalah dosa buat mereka yang beragama Islam. Rezeki dan nasib baik semuanya datang daripada Allah SWT. 

Baca: Penduduk Gempar! Mayat Dibaluti Kain Kapan ‘Muncul’ Keluar Dari Kubur

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.