“Lebih baik saya mati je ustazah” – Isteri Tertekan Suami Kena HIV Gara-gara Hubungan Sejenis, Terjebak Lepas Main Facebook

Trend hubungan sejenis yang berlaku di masyarakat kita hari ini telah mendatangkan banyak kemudaratan termasuklah tularnya penyakit HIV.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang dah berkahwin pun terjebak dengan seks sejenis ni sampai memusnahkan kehidupan suami atau isteri dan anak-anak.

Terbaru hari ini, Ustazah Asma’ Harun di Facebook telah berkongsi kisah seorang isteri malang yang mana suaminya mendapat HIV lepas terjebak hubungan sejenis atau gay. Allahu…

 

“Ujian darah suaminya, POSITIF HIV. Persoalan kenapa suaminya semakin berubah sejak 3 tahun kebelakangan ini terjawab…” 

Menurut Ustazah Asma’, wanita malang ini merupakan ibu kepada 4 orang anak yang semuanya masih kecil. Namun kehidupannya berubah jadi kelam apabila suaminya telah disahkan positif HIV. Patutlah sejak 3 tahun lepas si suami mula dingin dengannya… 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Syukur puan tak ada HIV. Puan masih ada untuk anak-anak” 

Menurut wanita terbabit, suaminya asal seorang lelaki yang baik dan sangat rapat dengan anak-anak. Tapi punca kepada kecurangan ini bermula apabila si suami mula membuka akaun FB pada 3 tahun lepas.

Sumber: Facebook

 

“Dia nak menyesal pun dah tak ada guna. Benda dah jadi” 

Sumber: Facebook

 

“Ustazah… andainya ditakdirkan saya perlu hidup dengan dia, saya nak bawa dia ke syurga bersama-sama anak-anak” 

Sumber: Facebook

Meskipun ramai yang tidak setuju dengan keputusan wanita ini, tapi admin rasa apa yang dinasihatkan ustazah tersebut adalah yang terbaik untuknya. Tak ramai yang boleh jadi pemaaf macam kakak di atas ni tau.

Apa-apapun admin salute dengan wanita ni sebab dia kuat sangat. Kita doakan dia semoga tabah dalam hadapi dugaan ini. Amin… 

Baca: “Berkahwin dengan penghidap HIV adalah tidak cerdik” – Doktor Selar Kenyataan Stigma Program Bual Bicara Ini

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!