in

“Berkahwin dengan penghidap HIV adalah tidak cerdik” – Doktor Selar Kenyataan Stigma Program Bual Bicara Ini

Hiv5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memanglah penyakit ini tiada penawar dan boleh jangkit, tapi mereka juga harus diberikan layanan yang sama seperti manusia biasa. Perbincangan dalam rancangan bual bicara yang menyifatkan tindakan berkahwin dengan penghidap HIV adalah tidak cerdik ini amatlah menyinggungkan.


Tak sangka masih wujud lagi stigma sebegini walaupun hidup di zaman moden ini. Sebab itu lah seorang doktor yang dikenali sebagai Nimelesh ini terpanggil dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang panel dalam forum itu.

 

Berkahwin dengan penghidap hiv adalah tidak cerdik”

Menurutnya, kenyataan itu keluar daripada seseorang yang tidak tahu lanjut tentang penyakit HIV. Tambahnya lagi, zaman sekarang penyakit ini boleh dikawal dengan ubat, dan tidak akan menjejaskan pasangan yang akan berkahwin.

“Saya rasa kenyataan ini keluar daripada seseorang yang tidak tahu langsung tentang hiv dan perkembangan ubat haart. Tapi stigma ini masih berlaku. Bukan sahaja di kalangan orang awam, tapi di kalangan pekerja kesihatan juga.”

“Eeeee tengok. Laki dia hiv positif, tapi tunangnya tetap nak kahwin dia juga”. Siapa di sini pernah bergossip atau keluarkan statement ni? Mengaku cepat.”

 

Zaman sudah berubah, penyakit HIV boleh dikawal dengan ubat…Siapa kita nak menghukum?

Malah doktor ini juga menerangkan bahawa anak yang lahir daripada pasangan HIV positif boleh bebas daripada penyakit ini.

Tapi kena ada cara dan harus mendapatkan rundingan daripada doktor dulu. Dah ada cara ini pun masih lagi ramai yang nak jatuh hukum pasal penyakit ni. 

“Zaman sudah berubah. Penyakit HIV boleh dikawal dengan ubat. Pasangan dengan hiv positif boleh melahirkan anak yang bebas daripada hiv. Tapi stigma tetap sama.”

“Siapa kita untuk menghukum? Adakah kita ini seorang yang bebas daripada kesalahan? Sekurang kurangnya kisah hidup mereka , penyakit mereka telah membersihkan dan mensucikan hati mereka dari ujub, riya, sum’ah, takabur.”

“Nak berubah itu bukannya senang. “Jangan sekali-kali engkau menganggap jalan (mengubah diri menjadi baik) itu mudah”.Jalan itu dipenuhi seseuatu yang kita benci, banyak halangan, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit”. ( Imam Ibnul Jauzi)”

“Tapi jauh yang lebih perlu adalah bagaimana kita perbaiki keadaan. “Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi). Dr Nimelesh”

Golongan ini juga manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan. Biasanya stigma sebeginilah penyebab orang-orang HIV ini akan lebih cepat rasa lemah kerana di kelilingi oleh orang-orang yang mempunyai mentaliti negatif.

Kita yang masih sihat ini sepatutnya memberikan sokongan dan dorongan moral untuk mereka teruskan kehidupan.

 

Baca: Pemandu Uber Cuak dan Cuci Kemaluan Selepas Mangsa Seks Oral Tipu Konon Hidap HIV

Uber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.