Lebih daripada 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza semalam, melebihi sasaran harian yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Pejabat Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan itu terus bergerak ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian lonjakan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terselamat.
Artikel berkaitan : PM Ireland, Leo Varadkar Letak Jawatan Lepas Minta Gencatan Senjata Untuk Palestin Di White House
Artikel berkaitan : Selepas Gencatan Senjata, Tentera Zionis Kembali Serang Warga Palestin Di Masjid Al Aqsa
“Sebanyak 915 trak menyeberang ke Gaza, menurut maklumat yang diterima melalui penglibatan pihak berkuasa Israel dan penjamin untuk perjanjian gencatan senjata.”
Sepanjang konflik di Gaza, PBB telah mengecam halangan yang menyekat aliran dan pengagihan bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda bencana.
Difahamkan, sebanyak 630 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dilapor telah memasuki Gaza pada hari pertama gencatan senjata mula berkuatkuasa.
Gencatan senjata selama 42 hari antara Israel dan Hamas bertujuan untuk membolehkan bantuan masuk ke Gaza selepas 15 bulan berdepan perang. Perjanjian gencatan senjata memerlukan 600 trak untuk menyeberang ke Gaza setiap hari.
Sumber : Sinar Harian