Pada hari Jumaat lepas, Israel dan pejuang Hamas mengumumkan gencatan senjata selepas bertempur selama 11 hari. Gencatan senjata ini dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak selepas dicadangkan oleh Mesir.
Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, tentera Zionis kembali menyerang penduduk Palestin dan melanggar persetujuan tersebut.
Difahamkan, tentera Zionis telah meletakkan penghadang di sekitar kawasan Masjid Al Aqsa untuk menghalang penduduk Palestin masuk ke kawasan masjid. Pintu pula dikawal oleh tentera dan polis Israel.
Tidak cukup dengan itu, Masjid Al Aqsa dilaporkan telah dipenuhi dengan warga Yahudi yang memasuki kawasan masjid. Malah, ada juga warga Yahudi yang dilihat bersiar-siar di dalam Masjid Al Aqsa tanpa diketahui apa tujuan mereka.
TERKINI: Menghampiri jam 730 pagi, warga Yahudi telah kelihatan masuk ke perkarangan Masjid Al Aqsa. Tentera dan polis Zionis mengawal ketat kesemua pintu masuk, tiada warga Palestin dibenarkan. Allahu lindungi Masjid Al Aqsa! 😭😭 pic.twitter.com/ojsO0KVnC7
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 23, 2021
Lebih memilukan, seorang warga Palestin bernama Ali telah dikasari dan ditolak oleh tentera Zionis dalam salah satu bangunan di kawasan Al Aqsa.
Video ini dirakam live tadi. Seorang lelaki warga Palestin bernama Ali dikasari dan ditolak dalam salah satu bangunan di kawasan Al Aqsa. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque pic.twitter.com/iklf7fiudy
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 23, 2021
Dilaporkan, berlaku juga pertempuran di antara tentera Zionis dan wanita Palestin. Ada juga yang dikasari dan ditangkap tanpa diketahui apa puncanya.
Pertempuran baru saja berlaku antara tentera Zionis dan wanita Palestin.
Allahuakbar mereka lebih berani melawan musuh. 😭😭😭 #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque pic.twitter.com/0W3AwkmtWw
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 23, 2021
Semoga nasib warga Palestin terus terbela.
Sumber: Jatikhwan
BACA: Rekod Paling Buruk Dalam Sejarah, Israel Catat Kerugian Melebihi RM8 Bilion