in

Lagenda La Llorona: Wanita Berbaju Putih, Menghantui Kanak-kanak Dengan Tangisan Di Malam Hari

La Llorona 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara anda semua yang pernah menonton filem The Curse of La Llorona, yang ditayangkan pada 2019 lalu kan?


Tahukah anda, La Llorona ini merupakan sebuah lagenda yang terkenal di belah Amerika Latin seperti Mexico, Guatemala dan Venezuala.

Siapakah La Llorona? 

La Llorona atau yang bermaksud “Wanita yang Menangis,” merupakan cerita mistik yang popular di seluruh barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Kisah ini mempunyai pelbagai versi dan asal-usul, tetapi yang pastinya La Llorona selalu digambarkan sebagai bayangan sosok putih yang sedang menangis dan sering ‘muncul’ di kawasan yang berair seperti sungai dan tasik.

Walaupun sejarah tepatnya sudah ditelan zaman, tetapi nama La Llorona sudah mula ‘menghantui’ sejak empat abad dahulu.

La Llorona Statue

Ketika zaman peradaban Aztec, La Llorona dikatakan sebagai salah satu daripada sepuluh petanda yang meramalkan penaklukan Mexico, dia ‘menjelma’ sebagai dewi yang menakutkan.

Juga dikenali sebagai Cihuacōātl atau “Wanita Ular,” yang telah digambarkan sebagai “binatang buas dan petanda jahat” yang memakai pakaian putih, berjalan-jalan pada waktu malam, dan sentiasa menangis.

Selain itu, dewi itu juga dikatakan menjaga perairan seperti sungai dan tasik, dia sangat menakutkan kerana dia akan menenggelamkan sesiapa yang menganggu kawasan itu dan disebabkan itu ramai orang Aztec yang membaling kanak-kanak ke dalam air sebagai korban.

La Llorona, pembunuh anak-anak angkara dendam

Banyak versi yang diceritakan tentang La Llorona ini, tetapi kisah yang paling popular ialah cerita seorang wanita petani muda yang cantik bernama Maria.

Dia berkahwin dengan seorang lelaki kaya, pun begitu disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, pasangan itu hidup bahagia untuk seketika dan mempunyai dua orang anak sebelum suami Maria hilang minat terhadapnya.

1 Mfbznvy Clt5Tooc084Ara

Disebabkan itu, pada suatu hari ketika berjalan di tepi sungai bersama dua anaknya, Maria ternampak suaminya sedang menaiki kereta kuda dengan ditemani seorang wanita muda yang lebih cantik daripadanya.

Oleh kerana terlalu marah, Maria mencampakkan dua anaknya ke dalam sungai dan menenggelamkan mereka berdua.

Selepas dia telah melepaskan geramnya, baru dia menyedari apa yang telah dilakukan, dia terduduk kesedihan sehingga dia menghabiskan usianya dengan meratap di tepi sungai untuk mencari anak-anaknya.

Menghantui kanak-kanak

Disebabkan anak-anaknya tidak dijumpai, menurut lagenda La Llorona akan menarik kanak-kanak yang menghampiri kawasan sungai atau tasik dan dia akan ‘lihat’ jika mereka itu bukan anaknya, dia akan menarik kanak-kanak itu ke dalam air dan melemaskan mereka.

Dalam tradisi lain, dia dilihat sebagai sebuah ancaman dan mereka yang mendengar ratapannya akan menemui ajal.

Tapi…apa korang akan buat kalau nampak wanita berbaju putih sedang menangis di tepi tasik….

Sumber: All Thats Interesting

 

Baca: Hikayat Manananggal: Kisah Hantu Mirip Penanggal Di Filipina Yang Memberi Teladan

Ft Manananggal

Sumber: Medium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.