Dalam cerita nenek moyang kita, makhluk halus atau bahasa lebih mudahnya hantu penanggal ini rupanya adalah kepala wanita bersertakan jantung dan usus perut terkeluar sambil darah meleleh, makhluk ini akan berkeliaran di waktu malam dan makan darah wanita bersalin.
Namun kelibat yang lebih kurang sama di Filipina pada zaman dahulu kala, dimana terdapat satu makhluk yang dinamakan Manananggal, apa yang bezanya adalah difahamkan ia adalah wanita yang akan terbang dengan separuh badannya dan tumbuh sayap.
Wanita heartbroken berubah jadi dendam
Modus operandinya lebih kurang sama, dia akan keluar lewat malam dan menanggalkan badannya untuk ‘cari makan’, cuma Manananggal ini akan makan janin bayi dari perut wanita hamil.
Kisahnya bermula dimana ada seorang gadis yang bernama Maria yang bakal berkahwin dengan jejaka idamannya, tetapi malangnya, bakal suaminya itu tidak munculkan diri dan semua orang cari dia tak jumpa.
Selepas hari kejadian, Maria terus mencari lelaki tersebut tanpa putus asa, nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya dia tahu dia telah dipergunakan oleh lelaki tersebut setelah menemuinya.
Dia ditemui sedang berpelukan dengan seorang wanita, lebih memeritkan lagi, wanita tersebut tengah sarat hamilkan anaknya.
Bagaimanapun, Maria enggan terima hakikat bahawa dia telah dipergunakan, Maria merayu kepada lelaki tersebut untuk kembali kepadanya. Rayuannya itu diendahkan oleh pasangan tersebut, sebaliknya Maria dihina bahkan diusir keluar dari rumah pasangan tersebut.
Rasa terhina dan marah dengan sikap pasangan tersebut, Maria bertekad mahu membalas dendam dan ‘mengambil’ semula jejakanya itu. Keesokannya, maria datang lagi ke rumah mereka, namun dia dapati bahawa pasangan tersebut telah berpindah jauh dari tempatnya.
Disebabkan itu, gadis yang berpatah hati ini menuntut ilmu, maka jadilah Manananggal dan dia bersumpah untuk membalas dendam terhadap perbuatan pasangan itu.
Dengan perubahannya menjadi makhluk yang ada ‘kehebatan’ itu, Manananggal itu setiap malam merayau untuk mencari pasangan tersebut. Memandangkan ‘kuasanya’ itu hanya hebat di waktu malam, Manananggal ini akan menjadi lemah pada waktu pagi, kulitnya akan rasa terbakar dan ia akan dapat sembuh kalau dia bercantum badan dan berubah menjadi Maria semula.
Memandangkan dia telah ubah dirinya menjadi makhluk lain, kehidupannya tidak lagi sama seperti manusia biasa, dia dah tak boleh tidur dan mulutnya akan rasa terbakar jika makan makanan biasa terutamanya jika makanan tersebut mengandungi garam dan bawang putih.
Berbeza dengan Penanggal, makhluk ini takut dengan tumbuhan berduri. Tetapi apa yang lebih kurang sama dengan Manananggal ini adalah makan darah, cuma Manananggal ini suka makan janin bayi seperti yang diperkatakan tadi.
Tapi apa yang Manaanggal ini betul-betul craving adalah janin wanita teman lelakinya itu, sepanjang tempoh pencarian, dikatakan sudah banyak mangsa sampailah dia berjaya temui pasangan tersebut.
Dia temui pasangan tersebut sedang tinggal di sebuah rumah di kawasan pendalaman yang mempunyai jumlah penduduk yang sikit. Manananggal pada malam itu terus ‘menyerang’ wanita teman lelakinya itu dengan memakan janin dari perutnya.
Pada awalnya, sumber mengatakan bahawa selepas berjaya makan janin wanita itu, dia cuba nak makan jantung bekas teman lelakinya yang nyenyak tidur tetapi terbatas kerana matahari dah mula terbit dan perlu segera pulang ke separuh badannya lagi.
Keesokan harinya, lelaki itu terkejut apabila melihat kekasihnya itu mati dalam keadaan tragis, selepas kekasihnya itu disemadikan, dia tertanya-tanya siapakah pembunuh kekasih dan anaknya itu.
Masa berlalu, Maria tiba-tiba muncul dan berpura-pura tidak tahu apa yang menimpa kepada kekasih bekas teman lelakinya itu. Teman lelakinya pada waktu yang dalam keadaan sedih dan sunyi, teman lelakinya itu kembali ke pangkuan Maria dan mengajaknya tinggal bersama di rumahnya.
Sepanjang mereka bersama, lelaki tersebut perasan sesuatu perkara aneh pada Maria, tangannya sentiasa melecur setiap kali terpegang bawang putih dan asyik muntah darah setiap kali makan makanan yang bergaram.
Lebih musykil lagi, lelaki tersebut selalu perasan Maria akan keluar lewat malam dan akan pulang sebelum matahari terbit sambil mulutnya berlumuran dengan darah.
Dalam masa yang sama, satu kampung heboh mengenai kejadian wanita sarat mati dibunuh dan janinnya dimakan seperti mana yang terjadi kepada kekasihnya yang mati itu. Apabila orang kampung mula ingin tahu puncanya, lelaki tersebut perasan Maria nampak gelisah.
Berbalik kepada perbuatan pelik Maria, pada malam tersebut, lelaki tersebut senyap-senyap ikut Maria menuju ke hutan, dari situ, dia menyaksikan bagaimana Maria menjerit dengan kuat dan memisahkan badannya sebelum tumbuh sayap di badan belakang dan lidah jadi panjang untuk berubah menjadi Manananggal.
Dia juga menyaksikan bagaimana makhluk itu membunuh mangsa-mangsanya dan lebih menggerunkan lagi pada malam itu juga makhluk itu perasan lelaki tersebut sedang mengintipnya, makhluk itu dengan marahnya mengatakan bahawa lelaki ini adalah punca dia jadi sebegitu.
Lelaki tersebut berjaya melarikan diri, sepanjang dia lari, dia teringat mengenai kemusykilannya yang akhirnya terjawab, dia dengan pantas pulang ke rumah untuk ambil balang garam dan bawang putih, lelaki itu segera pergi ke separuh badannya yang tertinggal di dalam hutan lalu tuang garam tersebut kedalamnya.
Separuh tubuh Maria yang sedang berkeliaran pada waktu itu menjerit kesakitan kerana dapat merasakan kepanasan dari dalaman tubuhnya akibat garam tersebut, dia cuba nak serang lelaki tersebut tetapi sukar dek kerana kepanasannya itu.
Akibat jeritan itu, orang kampung tersedar dan bergegas ke tempat kejadian, pada waktu ini lah mereka semua dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri Manananggal itu.
Orang kampung cuba melawannya namun, Manananggal itu terlalu kuat, bagaimanapun, waktu itu jugalah ‘riwayat’ Manananggal ini berakhir setelah perlawanan antara dengan orang kampung berterusan sehingga ke awal pagi.
Matahari mula terbit, Maria mula kepanasan lagi dan kulitnya mula terbakar, bahagian bawah badannya terbakar dengan cepat sampai tak sempat nak bercantum sebelum Maria sendiri terbakar sehingga menjadi abu dan lenyap dibawa angin.
Teladan
Selepas insiden itu, orang kampung hidup dengan aman tetapi tidak dapat melupakannya, ianya terus menjadi satu hikayat buat pasangan dan kanak-kanak.
Difahamkan, ianya bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi dengan kisah mitos ini, ia akan dijadikan satu teladan sentiasa menjadi orang baik, tidak curang kepada pasangan, tidak merasakan diri terlalu hebat dan tidak berdendam.
Baca : “Dia menyerupai my mum” – Meremang! Gadis Kongsi Kisah Seram Diganggu ‘Lembaga’