in

KWSP Akan Umum Perincian Kriteria Kelayakan Keluarkan Wang Caruman Melalui Program i-Sinar Pada Minggu Depan

Kwsp 10K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabar dulu, jangan cepat sangat excited kalau bercakap tentang KWSP. 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam memberitahu pencarum yang memenuhi kriteria kelayakan bagi pengeluarkan wang caruman menerusi program i-Sinar boleh kemukakan permohonan bermula pertengahan bulan depan.

Menurut Astro AWANI, walau bagaimanapun, KWSP dalam kenyatan mereka berkata, perincian mengenai kriteria kelayakan pengeluaran wang caruman itu akan diumumkan pada awal minggu depan.

41593178468 Kwsplogo

Manakala pembayaran pertama pula dijangka akan diterima sebulan selepas mendapat kelulusan.

Perincian itu akan merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika penggulungan kementeriannya memaklumkan pengeluaran Akaun 1 KWSP akan diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.

Zafrul 1

Pencarum yang berdepan dengan pemotongan gaji atau tak dapat cari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa juga boleh memohon.

Pencarum yang sebelum ini boleh buat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan untuk buat pengeluaran sebanyak RM10,000.

Sabar ye korang semua. Kita tunggu pengumuman KWSP minggu depan. 

Baca: Skim I-Sinar : Pengeluaran Minimum Dinaikkan Kepada RM10,000, SEMUA Ahli Terjejas Boleh Memohon

Ft Sinar

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.