in

Berita Baik! Pembayaran i-Sinar Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari Dibuat Bermula Hari Ini

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min tahu, korang yang dah lama apply i-Sinar ni mesti tak sabar-sabar menunggu keputusan kan?


Korang jangan risau, untuk yang dah buat permohonan sebelum 25 Februari, pembayaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuat bermula hari ini!

Menurut Bernama, pembayaran ini akan melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan dan yang berstatus tak lulus sebelum pemansuhan kriteria dibuat pada bulan lalu.

553

KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.”

Selain itu, bagi permohonan baru berdasarkan pemansuhan kriteria, ia akan mula dibuka pada 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia 55 tahun ke bawah termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia tertakluk kepada baki dalam Akaun 1.

Permohonan ini akan mengambil masa lima hari bekerja untuk diproses dan korang boleh juga buat pindaan kepada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon dan mod bayaran melalui i-Sinar Online.

Alhamdulillah…

 

Baca: Menteri Kewangan Bakal Umum Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Isnin Depan?

Screenshot 2021 03 02 At 3.23.40 Pm

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.