in

Mansuh Syarat i-Sinar, KWSP Ambil Sedikit Masa Untuk Membuat Perubahan Sistem

Zafrul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menjelaskan sistem KWSP mungkin akan mengambil masa berikutan pemansuhan syarat i-Sinar baru-baru ini.


Menurutnya lagi,  KWSP juga akan memerlukan masa untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem mengkreditkan dividen tahun lalu ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen dibuat akhir bulan ini.

“Pemansuhan syarat i-Sinar pada 11 Februari lalu mempermudahkan ahli membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 dan langkah itu diharap dapat membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.”

Zafrul Bernama 20200309 E1606377646503 768X504 1

Tambah beliau lagi, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan terutamanya bagi mereka yang telahpun membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses, lapor Kosmo Online.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sebarang risiko yang berpotensi untuk menggugat prospek pertumbuhan negara terutama daripada aspek kesihatan awam.

Untuk rekod, pada 11 Februari lalu kerajaan telah mengumumkan mengenai pemansuhan syarat i-Sinar KWSP bagi mempermudahkan ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1.

Pemansuhan syarat i-Sinar itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 pula, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 atau maksimum RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

 

Baca : Menteri Kewangan Bakal Umum Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Isnin Depan?

Isinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.