in

Akaun 3 KWSP Bakal Bermula 11 Mei, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Ft Akaun 3 Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bemula pada 11 Mei 2024, semua akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur di bawah 55 tahun akan mempunyai tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) selepas penstrukturan baru yang diumumkan baru-baru ini.


Pengumuman berkenaan dibuat susulan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan dan dalam masa yang sama dapat memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Menurut Ketua Pewagai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, fokus utama inisiatif penstrukturan semula berkenaan adalah bagi memperkasa ahli dalam membuat keputusan dalam mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Jadi bermula 11 Mei nanti, secara automatiknya, ahli yang berumur 55 tahun dan kebawah akan ada 3 akaun berbanding 2 sekarang ini dengan perincian fungsi seperti berikut :

  1. Akaun Persaraan (Akaun 1) : Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan.
  2. Akaun Sejahtera (Akaun 2) : Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
  3. Akaun Fleksibel (Akaun 3) : Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Mekanisme Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Menurut laman web KWSP, baki dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing akan kekal manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

438253998 883287597172255 2952133112290782449 N

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut :

  • 75% ke Akaun Persaraan
  • 15% ke Akaun Sejahtera
  • 10% ke Akaun Fleksibel

Selain itu, antara 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya dikenali sebagai Akaun 2).

Sekiranya ahli tidak memilih untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaannya nanti.

Artikel berkaitan : Berapa Lama Rakyat Malaysia Perlu Simpan Gaji Untuk Dapatkan RM50,000?

Artikel berkaitan : KWSP Umum Dividen Pencarum 2023, Meningkat Kepada 5.50%

Pun begitu, pindahan amaun ke dalam Akaun Fleksibel adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Kaedah pindahan adalah mengikut pecahan seperti di bawah :

Rawafapressrelease1Bm

Situasi A : Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas :

  • 10/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • 5/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan.
  • 15/30 akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

Situasi B : Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000 :

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 ke bawah – semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • Akaun Sejahtera mempunyai baki antara RM1,000 – RM3,000 – amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, baki dipindahkan ke Akaun Sejahtera.

Perlu ditekankan di sini bahawa ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada tarikh kuat kuasa sehingga 31 Ogos 2024.

Mereka yang ingin memanfaatkan pilihan tersebut boleh membuat permohonan melalui aplikasi KWSP-i-Akaun atau terminal layan diri yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran iaitu sebanyak RM50.

Selain itu, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Sumber : KWSP

Sumber: Facebook
Sumber: KWSP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.