in

Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube

Blackpink 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan idol wanita terkenal dari agensi YG Entertainment, Blackpink telah mencipta rekod baru selepas berjaya memperoleh jumlah subscribers di YouTube sebanyak 70 juta!


Kejayaan ini telah menjadikan kumpulan yang terdiri dari Jisoo, Jennie, Rose dan juga Lisa sebagai artis pertama yang berjaya memegang jumlah sebanyak itu dan berjaya mengalahkan jumlah subscribers di YouTube Justin Bieber.

Ini merupakan kali kedua Blackpink berjaya melepasi Justin Bieber yang mempunyai jumlah subscribers sebanyak 66.4 juta semasa debut solo Lisa, Lalisa yang dilancarkan iaitu sebanyak 68 juta pada September lalu.

Screenshot 20211130 151233 Youtube

 

 

Tidak berhenti di situ sahaja, video persembahan eksklusif Lisa dengan lagu subtrek dalam albumnya, Money yang dimuatnaik di channel YouTube Blackpink telah meraih 300 juta tontonan pada 29 November lalu.

Pengumuman rekod itu telah disampaikan menerusi makluman di akaun Twitter Blackpink dengan kapsyen yang berterima kasih kepada peminat mereka iaitu Blinks di seluruh dunia atas sokongan yang tak putus-putus sepanjang karier Blackpink.

Menurut IBTimes, Blackpink kini sedang mempersiapkan diri mereka untuk comeback lengkap dengan keempat-empat ahli mereka selepas debut solo Lisa dan juga Rose pada tahun ini. Mereka juga dikatakan sedang bertungkus-lumus merakam lagu baharu untuk peminat mereka.

Bukan itu sahaja, Jisoo yang akan membuat debut sebagai pelakon utama dalam drama Snowdrop akan ditayangkan secara rasmi bermula 18 Disember ini dengan gandingan bersama pelakon Jung Hae-in. Drama tersebut juga boleh distrim menerusi Disney Plus.

Jisoo

Sebagai rekod tambahan, Blackpink kini telah mempunyai lima buah lagu yang telah cecah lebih dari 1 bilion tontonan (How You Like That, Kill This Love, Ddu Du Ddu Du, Boombayah, As If It’s Your Last).

Baca: Hanya Lisa Positif, Tiga Ahli Blackpink Lain Disahkan Negatif

Untitled 3 11

Sumber: YouTube
Sumber: Allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.