Mungkin ramai yang dah tahu sebelum ini Zulin Aziz pernah merancang untuk berkahwin, namun rancangan tu tak menjadi kerana majlis tu dibatalkan pada saat-saat akhir.
Disebabkan kejadian tu, Zulin terpaksa ubah lirik lagu yang dicipta untuk bakal suaminya jadi lain dan majlis tu diubah buat muzik video.
https://www.instagram.com/p/BptFKMFlKEe/
Walau bagaimanapun, baru-baru ni, Zulin kembali membuat kejutan di Instagram apabila dia memuat naik gambar memakai sepersalinan songket dengan caption yang ‘agak mencurigakan’.
“Suami tak bagi tunjuk muka. Dia kata minta doakan je yang baik-baik”
Menerusi posting tersebut, Zulin yang kelihatan seakan-akan sudah berkahwin menulis caption terima kasih buat makeup artist yang menata rias wajahnya pada hari bersejarah tersebut.
Tambahnya lagi, ‘suami’ tak izin tonjolkan wajah dan hanya mohon doa yang baik-baik dari netizen je.
https://www.instagram.com/p/Bx8qBHsDEkK/
“Kalau sekali gimik orang boleh kesian… kali kedua nanti orang menyampah”
Memandangkan perkara ni macam dah kali kedua terjadi (kali pertama kahwin tak jadi, kali ni pula kahwin senyap-senyap tapi masih tak confirm), netizen menganggap apa yang dilakukan Zulin ni sebagai gimik.
Gimik ni kalau sekali takpelah jugakkan. Tapi gimik tentang isu yang sama dua kali pulak dibuat, hmmm min rasa ramai yang dah mula menyampah. Lagi satu, jarang pulak dengar orang kahwin pada bulan Ramadan, kan?
“Betui ka ni… drama raya ka ni…”
Kalau betul, min ucapkan tahniah kepada Zulin. Semoga berbahagia bersama suami. Apa-apapun jangan sorok suami tu lama-lama, takut datang fitnah lain pulak.
Baca: “Bahagia tak khianat aku?” – Zulin Aziz Bersanding Seorang Atas Pelamin Tanpa ‘Suami’