in

“Bahagia tak khianat aku?” – Zulin Aziz Bersanding Seorang Atas Pelamin Tanpa ‘Suami’

Sanding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita mana yang tak mengimpikan perkahwinan? Namun perkara ni menjadi mimpi ngeri buat para gadis, apabila perancangan mendirikan rumah tangga itu hancur berkecai di tengah jalan.


Seperti yang ramai tahu, pengacara dan pelakon Zulin Aziz baru-baru ni putus cinta dan membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya. Macam manapun, perkara ni tak menghalang Zulin untuk ‘bersanding’ meskipun tanpa ‘suami’ di sisi.

sumber: instagram

 

“Bahagia tak khianat aku? Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin tanpa jadi isteri kepada lelaki yang salah” 

Menerusi posting Zulin yang viral di Twitter, pelakon ni meluahkan rasa sedih bercampur syukurnya atas sebuah ‘majlis perkahwinan’ yang diadakan hari ni. Bersama posting tu, Zulin memuat naik video persiapan majlis persandingannya yang nampak ‘grand’ dan cantik.

 

“Kakak tau mama nak sangat tengok akak kawin. Kakak dah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada” 

Lebih menyedihkan apabila Zulin juga berkongsi luahan ibunya yang sedih melihat persiapan majlis tersebut.

Pun begitu, sebagai anak yang baik Zulin memohon supaya ibunya mendoakan dia bertemu dengan lelaki yang baik dan tidak mahu lagi lelaki seperti ‘itu’ jadi punca ibunya terus bersedih. Alahaii touchingnya bila sentuh soal ibu ni…

 

Rupanya nak buat muzik video lagu kenangan perkahwinan dirancang musnah…

Menurut mStar, so called majlis persandingan yang diadakan hari ini ialah untuk dirakamkan dalam sebuah muzik video untuk abadikan kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.

“Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Zulin tak benarkan mana-mana ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran untuk elak mereka sedih. Menerusi tweet pelakon tersebut, hanya sahabatnya saja dilihat datang ke ‘majlis’ itu.

Dqvbwrouwaak7 P
sumber: instagram 

Video muzik istimewa ni bakal keluar tak lama lagi dengan ia hanya dilancarkan di Youtube saja sebagai kenang-kenangan.

Semoga terus bertabah. Jodoh yang baik pasti ada untuk orang yang baik macam Zulin. 

Baca: Kenapa Bila Putus Cinta Susah Sangat nak Move On? Ikut 7 Langkah Ni Untuk Berhenti Meratap

Putus Cinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.