in

“Keep fighting okay!” – Harris Annuar Menangis Dalam ‘Live’, Kuih Raya Tak Terjual

Untitled Design 2024 04 02T162821.056

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim perayaan ini, ramai selebriti yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan seperti baju raya dan kuih raya.


Antara selebriti yang menjual kuih raya termasuklah Harris Annuar yang merupakan seorang pelakon dan influencer yang juga bekas peserta rancangan realiti Hero Remaja.

Pun begitu, baru-baru ini Harris dalam satu sesi live tidak dapat menahan rasa sebak serta mengalirkan air mata apabila dia tertekan dek kerana stok kuih raya yang dijualnya perlu dihabiskan.

Artikel berkaitan: Ini 5 Resipi Kuih Raya Korang Boleh Cuba, Guna Air Fryer Je!

Artikel berkaitan: “Padahal ramai yang buat video pelik2” –  Aliff Syukri Mohon Maaf, Padam ‘Teaser’ MV Lagu Raya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menurut mStar, Harris atau nama panjangnya Mohammad Harris Shahrul Annuar berkata setakat ini dia masih perlu menjual sebanyak 400 balang kuih bangkit yang diambil dari pembekal.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila dia perlu menghabiskan stok kuih raya itu untuk menjelaskan hutang kepada pembekal.

“Saya tolak harga modal untuk saya jual balik dan bayar dekat pembekal. Saya buat silap besar! Saya tak fikir awal dan saya baru sedar benda itu.

Sebab tu saya menangis sehingga tak boleh jumpa orang lain,” luahnya.

Pun begitu, di ruangan komen tangkap layar video di Instagram miliknya, masih ramai peminatnya yang sudi membantu dalam membeli kuih tersebut serta memberikan pelakon filem Pulau itu kata-kata semangat.

Cats 2

Semoga Harris sentiasa kuat semangat!

Sumber: mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.