in

Ini 5 Resipi Kuih Raya Korang Boleh Cuba, Guna Air Fryer Je!

Feat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi berapa hari je lagi nak beraya, korang semua confirm tengah sibuk dengan persiapan raya kan? Ada yang tengah kemas rumah, habiskan shopping barang raya dan ada juga tengah sibuk buat kuih raya.


Ha, untuk korang yang tak ada oven tu, jangan menganga pula, korang pun boleh join hype buat kuih raya dekat rumah tau. Lagi senang pulak tu, guna air fryer je!

5 Resipi Kuih Raya Guna Air Fryer

1. Crunchy Cornflakes Cookies

336791617 960609024946478 8562903631006881035 N

Bahan-bahan:

  • Butter 125g
  • Gula Kastor 1 cawan
  • Kuning telur 1 biji
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Shortening 1 sudu besar
  • Tepung gandum 1 3/4 cawan
  • Tepung jagung 20g
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Cornflakes 3 genggam

Cara-cara:

  • Campur butter, gula, shortening, kuning telur, esen vanila dan gaul hingga sebati
  • Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan gaul hingga tak melekat di bekas
  • Hancurkan cornflakes dan gaul
  • Bulat-bulatkan adunan lepastu golek adunan atas cornflakes hancur sebelum susun dalam air fryer jarak-jarak
  • Bakar dalam air fryer dengan suhu 140º selama 30 minit + 130º selama 10 minit

336782419 1878195442551124 9200744318605502642 N

2. Sarang Semut

341726899 243843131533674 835886699964922511 N

Bahan-bahan:

  • 250 gram buttercup
  • 100 gram gula ising
  • 100 gram tepung jagung (diayak)
  • 200 gram tepung castard (diayak)
  • 150 gram tepung gandum (diayak)
  • Coklat rice

Cara-cara:

  • Masukkan buttercup dan gula ising gaul sebati
  • Masukkan tepung gandum dan castard sikit demi sedikit dan gaul sebati
  • Masukkan tepung jagung dan gaul sebati
  • Uli pakai tangan sampai doh tak melekat kat tangan
  • Sagat sikit² masuk dalam paper cup
  • Tabur coklat rice
  • Bakar dalam air fryer 150-160 darjah selama 20 minit

3. Biskut Mazola

95055131 10213677703216948 7876086047875006464 N

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 2 cawan
  • Tepung gandum 3 cawan
  • Tepung jagung 4 sudu besar
  • Gula halus 1 cawan
  • Minyak mazola/jagung 1 cawan
  • Kuning telur 1-2 biji

Cara-cara:

  • Goreng kacah tanah tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus dan kacang tanah yang dah ditumbuk
  • Masukkan minyak dan ratakan sehingga adunan menjadi doh
  • Bentukkan bulat-bulat dan sapu kuning telur atas biskut sebelum bakar
  • Bakar dalam air fryer menggunakan suhu 160º selama 15-20 minit

4. Almond London

Everyday Nestum Almond London

Bahan-bahan:

  • Almond (panggang 150º selama 30 minit)
  • Badam cincang (panggang 150º selama 5-10 minit)
  • 250 gram buttercup
  • 125 gram gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdk esen vanila
  • Tepung gandum 300 gram (diayak)
  • Tepung jagung 200 gram (diayak)
  • Tepung beras 2sdb (diayak)
  • Baking powder 1sdk (diayak)
  • 50-80 gram conflakes (kisar halus)
  • Coklat coin / coklat masakan
  • Shortening atau minyak sayuran

Cara-cara

  • Satukan buttercup dan gula halus, gaul sebati jangan lama² cukup sampai sebati
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul lagi.
  • Masukkan tepung gadum sikit demi sedikit, diikuti tepung jagung, tepung beras, baking powder, gaul sebati
  • Dah sebati masukkan conflakes kisar dan uli pakai tangan sampai tak doh tak letak kat tangan kira jadi lah tu
  • Ambil doh sedikit masukkan almond dan bentuk ikut kemahuan
  • Bakar dalam air fryer 150-160 darjah selama 10 minit
  • Sementara tunggu biskut sejuk, cairkan coklat coin dengan shortening
  • Celup biskut dalam coklat kemudian masuk dalam paper cup, akhir sekali tabur badam cincang

5. Biskut suji

R02319 Semolina Cookies

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan gula halus

Cara-cara:

  • Campur minyak sapi dan gula halus kemudian masukkan tepung gandung sedikit demi sedikit
  • Uli adunan sehingga jadi doh
  • Bentukkan doh bulat-bulat kecil (akan kembang selepas masak)
  • Letakkan ceri sebagai hiasan
  • Bakar dalam air fryer selama 15 minit dengan suhu 160º

Ha, senang betulkan boleh buat kuih raya guna air fryer ni. Jimat sikit tak payah nak order kuih raya dekat orang. Jom cuba!

Sumber: Resepi Air Fryer [Malaysia]

 

Baca: “Senang teruk ni” – Jom Cuba 3 Resipi Kuih Raya Simple Tanpa Guna Oven Ni!

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.