in

“Kita kondem Thailand guna gajah, sekali Malaysia 2×5” – Nak Promosi Kereta Lembu di Melaka, Lembu Jatuh Sakit Tak Tahan Muatan Berat

Jatuh Lembu Tu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kita kondem Thailand guna gajah, sekali Malaysia 2x5" - Nak Promosi Kereta Lembu di Melaka, Lembu Jatuh Sakit Tak Tahan Muatan Berat
Loading
/

Menggunakan haiwan dalam mempromosi industri pelancongan negara ialah satu perkara yang sering didebatkan pihak NGO seluruh dunia.


Sebagai contoh, negara Thailand sering mendapat nama buruk akibat menggunakan gajah untuk aktiviti pelancongan kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada haiwan tersebut.

 

Lembu jatuh lepas bawa Kereta Lembu untuk promosi warisan negeri Melaka?

Sedap bercakap tentang negara orang, rupa-rupanya Malaysia pulak terpalit dengan isu ini apabila ada netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka bila melihat lembu digunakan untuk promosi warisan Kereta Lembu di Melaka. 

Menerusi perkongsian Melaka Kini di Facebook, Kereta Lembu ni telah dilihat beraksi di Bandar Hilir dan acara ini lakukan untuk mengembalikan warisan anak jati Melaka yang dahulunya pernah menjadi ikon negeri itu.

Setelah sekian lama kelibat Kereta Lembu tidak kelihatan di Bandar Hilir. Akhirnya mereka kembali beraksi di Bandar…

Posted by Melaka Kini on Saturday, June 22, 2019

 

Sungguhpun ia satu warisan yang unik dan cantik dilihat oleh pelancong sekitar Bandaraya Melaka, ada insiden yang tak diingini telah berlaku menyebabkan netizen tidak bersetuju dengan acara tersebut.

Menurut komen seorang netizen, dia telah melihat salah satu lembu yang terlibat dalam acara itu jatuh akibat penat membawa muatan di belakangnya. Allah… 

D9Vxemruwae8Yzg

Sumber: Twitter

 

“Kalau inilah lambang tradisi Melaka kononnya, aku lebih rela tradisi ini mati sebagai kenangan” 

Isu ini mendapat perhatian netizen di Twitter dan Facebook yang rata-rata memberikan komen tidak puas hati akan apa yang dilakukan pihak berkenaan terhadap lembu tersebut. Kesian penat lembu-lembu ni berjalan tengah panas.

Tradisi
sumber: twitter

 

“Boleh je nak kembalikan tradisi. Tapi dengan syarat. Jangan bagi lembu-lembu tu bekerja lama sangat sampai pengsan” 

Tak Setuju
sumber: facebook

Macam manapun, masih ada di kalangan netizen yang mengatakan lembu ni sudah pun jadi kenderaan buat manusia sejak zaman berzaman lagi. Jadi perkara ni tak ada masalah pun sebenarnya. Pulakkk!

Korang rasa macam mana? Wajarkah aktiviti macam ni dilakukan untuk jadi tarikan pelancong? 

Baca: [Video] Anak Gajah Rebah Akibat Keletihan Kerana Dipaksa Berjalan Waktu Panas Untuk ‘Tourist’ Undang Sebak

Gajahh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.