in

[Video] Anak Gajah Rebah Akibat Keletihan Kerana Dipaksa Berjalan Waktu Panas Untuk ‘Tourist’ Undang Sebak

Anakgajah2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa hati ni macam kena robek bila bila tengok video yang nak dikongsikan kat bawah, anak gajah rebah di daerah timur Thailand ni. Ia telah mengundang kemarahan pencinta haiwan.


Menerusi sumber Nextshark, anak gajah yang dikatakan baru berumur  satu tahun itu diikat bersama ibunya ketika ditunggang oleh pelancong dalam suhu 104°F di Pattaya minggu lepas.

 

Jatuh rebah sebab pitam sebab dipaksa jalan lama

Anakgajah

Video itu di rakam oleh seorang pelancong daripada Filipina, dalam video mengharukan itu, anak gajah sampai jatuh terguling kerana pitam. Namun berjaya bangun semua.

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pemuat naik video, anak gajah itu sentiasa mengekori ibunya yang mengumpul jumlah pelancong untuk menjadi tunggangan mereka.

“Banyak lagi anak gajah yang kena ikat dengan mak dia sedang berjalan-jalan untuk bawa pelancong. Mereka terhibur tapi gajah merana” 

“Gajah ni nampak penat, korang boleh tengok ibunya cuba bagi dorongan kat dia untuk terus bangun”

Anakgajah2

Klip itu telah menimbulkan kemarahan netizen kerana sikap pelancong-pelancong yang menikmati aktiviti tunggang gajah ini adalah aktiviti penderaan haiwan.

“Kesiannya. Masih kecil dan dipaksa berjalan jauh dan lama. Patutnya dia kena duduk kat satu tempat untuk pastikan dia selamat.”

“Harap orang-orang diluar sana janganlah melakukan aktiviti ini kalau tengah holiday. Sangat kesian” 

Bagaimanapun pihak penganjur yang menjalankan aktiviti ini Nong Nooch Gardens menafikan dakwaan penderaan gajah, mereka menegaskan bahawa anak gajah itu penat.

“Semua gajah disini sihat dan dilayan begitu baik, kalau ada masalah, mereka akan dirawat, anak gajah semua kat sini sihat”

Kejadian ini terjadi beberapa minggu selepas anak gajah yang dinamakan Dumbo mati selepas rebah dalam satu pertunjukan di Phuket.

Dia dipaksa melakukan persembahan tiga kali sehari, anak gajah berumur 3 tahun itu menjadi semakin lemah akibat kekurangan nutrisi. Dia mati ketika dibawah jagaan vet.

Baca : “Kesiannya dekat gajah tu” – Netizen Kongsi Cara Kejam Latih Gajah di Thailand

Gajah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.