in

Terpengaruh Dengan Kisah Pembunuhan Bersiri, Dua Beradik Nekad Bunuh Keluarga Sendiri

Ft Bever

Kehidupan keluarga ini dianggap begitu misteri bagi jiran setempat. Dengan 6 daripada 7 anaknya  home school mereka juga jarang dilihat  bermain di sekitar kawasan rumah mereka. Jadi bagaimana kehidupan yang dijalani oleh kepada pasangan David dan April Bever ini?

Kisah mereka mula diketahui ramai apabila keluarga tersebut dibunuh oleh dua anak lelaki mereka sendiri, Robert Bever,18, dan Michael Bever,16.

Kejadian yang berlaku pada Julai 2015 itu mengorban nyawa 5 sekeluarga, iaitu pasangan Bever yang berumur 44 dan 53 tahun ketika itu, serta 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun.

Hanya dua anak perempuan mereka, Cyrstal,13, dan Autumn,2, yang terselamat daripada pembunuhan tersebut.

Capture 2 1 2

Ketika pihak polis tiba ke rumah keluarga itu, hanya Crystal yang ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Adiknya Autumn yang berusia 2 tahun ketika tidak sempat dibunuh oleh abangnya, namun malang bagi ahli keluarga yang lain yang menemui akibat ajal akibat kekejaman ahli keluarga sendiri.

 

Obsesi terhadap kekejaman

Walaupun dengan kehidupan yang boleh dikatakan terkongkong, namun akses kepada internet yang mereka miliki adalah sangat bebas.

Pihak polis menemukan banyak komputer riba dirumah itu termasuk dua daripadanya yang dimiliki oleh pasangan adik beradik Bever.

Pembunuhan kejam itu sudah lama dirancang oleh Michael dan Robert akibat pengaruh daripada siri pembunuhan rambang yang dilakukan oleh Eric Harris dan Dylan Klebold, penembak rambang di Sekolah Tinggi Columbine.

Robert pernah bercakap mengenai perkara itu beberapa kali kata adiknya Crystal dan Michael.

Capture 6 6

Kegilaan mereka tidak hanya tamat disitu, kedua-dua Robert dan Michael memberitahu pihak polis yang mereka turut membeli pisau secara atas talian.

Mereka yang bekerja sambilan di sebuah pusat panggilan menggunakan pendapatan yang diperolehi untuk membeli perisai badan Kevlar manakala Michael hanya mampu membeli vest.

Robert dilihat lebih bercita-cita untuk melakukan kekejaman kerana dia sering menulis mengenai impiannya untuk menjadi pembunuh terkenal serta kebenciannya terhadap semua orang dan dia mengganggap masyarakat adalah sesuatu yang tidak berguna.

Jadi bagi memuaskan keinginan mereka, pasangan adik-beradik itu telah membeli senjata secara atas talian. Tapi malangnya, senjata yang ditempah itu akan dihantar ke rumah mereka, dan ibu bapa mereka akan mula timbul syak wasangka.

Dari situ mula datangnya plan gila mereka untuk tamatkan ‘gangguan’ mereka.

 

Dibunuh kejam

Robert dan Michael merancang untuk tamatkan riwayat ahli keluarga mereka sewaktu sedang tidur, bersihkan tempat kejadian dan sorokkan mayat di bahagian loteng sementara menanti senjata mereka tiba.

Segalanya telah dirancang dengan baik, tapi siapa tahu plan asalnya berubah 360 darjah.

Mereka mulakan dengan memerangkap Crystal ke dalam bilik mereka, dan Robert terus membelah bahagian lehernya. Ketika diserang, Crystal terus menjerit untuk mendapatkan bantuan.

Jeritan itu menyebabkan seluruh isi rumah mula terjaga dan telah membuka peluang kepada salah seorang dari mereka untuk menyerang ibu mereka, April.

Walaupun April berjaya melarikan diri ke luar, namun Michael lebih pantas menangkapnya dan terus menamatkan riwayat wanita itu dengan 48 tikaman di tubuhnya.

Capture 8 1

Bapa mereka, David turut mengambil langkah yang sama dengan pergi ke arah suara Crystal, nasib yang sama menimpa dia apabila Robert telah sedia menantinya dalam bilik itu dan akhirnya David juga tewas di tangan anaknya dengan 28 tikaman.

Daniel yang berusia 12 tahun ketika itu sempat menelefon pihak polis sebelum dia dijumpai oleh abangnya dan ditikam beberapa kali sehingga mati.

Capture 7 1

2 lagi adik mereka Christopher dan Victoria bertindak bersembunyi di dalam tandas rumah itu kerana terlalu takut, namun mereka berjaya diperdayakan oleh Michael.

Michael mengatakan yang Robert akan membunuhnya, namun apabila pintu dibuka, kedua-dua adik beradik itu dengan kejam menikam kanak-kanak kecil itu. 

Belum sempat mereka menghabiskan urusan mereka dengan Crystal dan adik mereka Autumn, bunyi siren sudah kedengaran menyebabkan mereka berdua melarikan diri ke dalam hutan yang berdekatan.

 

Akhirnya dihukum

Mereka diberkas tidak lama selepas hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Ketika didakwa mereka mengaku tidak bersalah walaupun dihadapkan 5 tuduhan membunuh kelas pertama dan 1 satu tuduhan memiliki senjata merbahaya.

Namun akhirnya Robert yang ketika itu berusia 18 tahun mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Pusat Pemulihan Joseph Harp di Lexington, Oklahoma.

Capture 1 2

Walaupun Michael ketika itu masih berada di bawah umur namun dia didakwa sebagai orang dewasa kerana menurut Undang-Undang Oklahoma, defendan yang berumur 15 hingga 17 tahun dengan kesalahan pembunuhan kelas pertama harus didakwa dengan hukuman seorang dewasa.

Akhirnya pada Ogos 2018, Michael dijatuhkan hukuman penjara seumur dan ditambah dengan 28 tahun penjara kerana menyerang ahli keluarganya yang masih hidup.

Michael kemungkinan akan dibebaskan pada tahun 2054 ketika berusia 54 tahun.

Min tak boleh banyangkanlah macam mana dendam yang tersimpan sampai diorang sanggup bunuh keluarga sendiri!

Sumber DeLani R. Barlette

 

Baca : “Diculik & Dibunuh” Presiden Taiwan Minta Maaf Atas Pembunuhan Kejam Pelajar Malaysia

Capture 6 5

Sumber: Oxygen
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Youtube