in

Kini Bukan ‘Makhluk Paling Seksi’, Penampilan Muslimah Mulan Jameela Raih Pujian Netizen

Fs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Mulan Jameela, artis kelahiran Indonesia yang pernah memecahkan fenomena muzik di Indonesia, Malaysia, Singapura mahupun Brunei dengan lagunya yang berjudul ‘Makhluk Tuhan Paling Sexy’ pada ketika dulu.


Dia juga dikenali sebagai salah seorang ahli daripada kumpulan Ratu yang dilihat dulu tampil selesa dengan membawa gaya yang seksi dalam beberapa muzik videonya.

Namun, segalanya berubah apabila dirinya tampak berbeza semasa dia melakukan aksi persembahan nyanyiannya di salah satu konsert di Malaysia baru-baru ini. Siap buat netizen terpegun lagi!

Kini bukan ‘mahluk paling seksi’, Mulan Jameela tampil gaya muslimah

Sebuah video yang berdurasi 33 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan situasi di konsert Faztival Fazura yang diadakan pada hari Ahad lepas bertempat di Axiata Arena  dengan menampilkan Mulan Jameela sebagai salah satu artis jemputan pada malam tersebut.

@hahsanir

#mulanjameela #makhluktuhanpalingsexseeeh #fyp #cantik #kerenbanget

♬ original sound – Hahs Anir – Hahs Anir

Menerusi video itu, artis Indonesia tersebut tampil bergaya dengan busana muslimah iaitu berhijab dan berjubah merah yang membuatkan penonton terpegun melihatnya.

Pemakaian dia juga tidak menghalang untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton yang hadir. Lebih menakjubkan, suaranya tetap padu untuk didengar walaupun dirinya sudah dimamah usia 43 tahun. Hebat gila!

Raih pujian netizen, ada yang berdoa semoga kekal istiqamah

Video tersebut berjaya mencuri tumpuan para netizen di media sosial dimana rata-rata daripada mereka memuji penampilan baru Mulan Jameela yang dilihat tampak lebih sopan semasa melakukan persembahan di atas pentas.

Ada juga yang mendoakan agar dia sentiasa kekal konsisten dan istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah yang baik. Tak lebih daripada itu, suaranya yang masih padu turut mendapat perhatian netizen untuk memberi standing ovation kepadanya!

Screenshot 2022 09 13 At 1.20.01 Pm

Screenshot 2022 09 13 At 1.20.12 Pm

Screenshot 2022 09 13 At 1.20.26 Pm

Wah min pun sekali terpegun dengan suaranya yang masih sama macam dulu….Semoga sukses kak Mulan!!

Baca: “Tak ada Goyang Dumang dah” – Cita Citata Sudah Berhijab, Ingin Tinggalkan Muzik Dangdut

Screenshot 2022 09 13 At 1.24.42 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.