in

“Tak ada Goyang Dumang dah” – Cita Citata Sudah Berhijab, Ingin Tinggalkan Muzik Dangdut

Cita Citata Berhijab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Ayo goyang dumang, biar hati senang” ha korang ternyanyi sekali ke tu?


Dangdut merupakan sebuah genre muzik popular Indonesia yang dikembangkan dari muzik-muzik Melayu, Arab dan Hindustan.

Ia mula terkenal pada tahun 1970-an dalam kalangan kelas pekerja, tetapi bermula pada akhir 1990-an muzik dangdut mencapai kemasyhuran yang lebih luas di Indonesia, Malaysia dan Filipina Selatan. Di Malaysia, antara penyanyi dangdut yang terkenal termasuklah Mas Idayu, Amelina serta Iwan.

Walaupun di Malaysia, populariti genre dangdut ini semakin berkurang tetapi di Indonesia kita dapat lihat ramai penyanyi yang masih memilih genre itu sebagai pilihan, malah ada artis muda mereka yang masih memperjuangkan genre tersebut.

Cita Citata bukanlah nama asing dalam industri dangdut Indonesia, lagunya Goyang Dumang sangat terkenal sehinggakan kita yang di Malaysia ini juga mengenali lagu tersebut.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 27 tahun itu menampilkan imej terbarunya yang berhijab di Instagram miliknya.

Dalam laporan Kosmo!, penyanyi dari seberang itu tidak menerima paksaan dari mana-mana pihak untuk berhijab malah dia juga memberitahu dia akan meninggalkan genre dangdut dan mengalihkan fokus kepada genre pop.

“Benar. Saya tidak lagi menyanyikan lagu dangdut. Sebenarnya sejak dari awal tahun lalu saya sudah melancarkan dan fokus dengan lagu pop.

Saya juga tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu dangdut,” katanya.

Selain itu, Cita Citata juga berkata perubahannya dalam industri muzik itu adalah kerana dia ingin mengembangkan lagi bakat nyanyiannya menerusi genre muzik berbeza.

“Saya sudah puas menjadi penyanyi dangdut. Biarlah perkara itu menjadi antara kenangan dalam hidup saya. Sekarang saya mahu mempamerkan bakat nyanyian menerusi genre muzik pop pula,” katanya.

Semoga hijrah Cita Citata membuahkan hasil! 

Baca: “Metalhead rupanya” – Orang Ramai Terpegun Dengan Citarasa & Band Muzik Kegemaran Presiden Jokowi

1Joko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.