Bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang masih bayi, adatlah kalau keluar berjalan tu korang kena ‘renyah’ sikit sebab nak kena sediakan susu dan tukar pampers kalau sudah penuh.
Tapi korang tolonglah jangan jadi ibu bapa yang tak bertanggungjawab macam dalam video kat bawah ini. Buang pampers sesuka hati di kereta orang pulak tu! Ish apa punya bapa ni!
“Dia buang lampin anaknya ke kereta orang lain”
Menerusi perkongsian Twitter MyWatch, seorang lelaki di Singapura dilihat dengan selambanya buang pampers anak ke cermin belakang kereta orang lain. Mujurlah tindakan buruknya itu dirakam oleh dashcam kereta yang menjadi mangsa. Haaa malu!
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1165622485091414016?s=19
“Berharta tak semestinya berakal”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang geleng kepala sungguhlah dengan sikap bapa tersebut. Apa punya pengotor perangai dia! Boleh dia buang pampers anak dengan baling macam tu je?
“Marah bini rasanya tu suh buang pampers masa tu jugak”
Dalam pada tu, ada juga yang buat teori yang lelaki ni mungkin geram dengan isterinya sebab suruh buang pampers anak. Jadinya jalan mudah dia terus campak pampers tu kat situ. Pulakkk…
Apa-apapun admin ingatkan kepada ibu bapa kat luar sana, janganlah contohi perangai macam ni. Kalau malas atau tak jumpa tong sampah nak buang pampers anak, haa simpanlah dalam kereta tu dan buang di rumah ye.