in

Kes Makin Naik Tapi Masih Ada Yang Selamba Tak Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam

No Mask Lrt

Kes harian Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Malah, hari ini paling tinggi dalam sejarah di mana sebanyak 287 kes baru dicatatkan dan kesemuanya merupakan kes tempatan!

Melalui Twitter, Dr Noor Hisham berkata sejak awal lagi KKM telah menasihati orang ramai agar mengelakkan perhimpunan ramai. Jika anda hadiri mana-mana majlis, pastikan SOP dipatuhi.

 

Kes makin naik, tapi selamba tak patuh SOP!

Malangnya, meskipun kes semakin naik ternyata masih ramai rakyat Malaysia yang mengingkari SOP serta dengan selambanya tidak memakai pelitup muka ketika di tempat awam.

Melalui Facebook, RapidKL mendedahkan gambar-gambar yang dikongsi oleh penumpang mereka di mana ramai yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam tren.

Peringatan mesra untuk semua penumpang yang kami sayangi. Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB & SANGAT PENTING ketika…

Posted by Rapid KL on Rabu, 30 September 2020

Mohon semua untuk kekal disiplin dengan memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak di mana penjarakan sosial mungkin sukar untuk dilakukan.”

 

“Pakai mask masa masuk tren, lepas tu buka naik tren.”

Netizen mempersoal bagaimana mereka yang tidak pakai pelitup muka dibenarkan masuk dan tidak ditegur oleh staf mereka. Rupa-rupanya menurut RapidKL mereka ini memang pakai pelitup muka saat hendak memasuki tren namun selepas berada di dalam tren mereka buka atau turunkan ke dagu.

Komen1

Komen2

Pastikan korang patuhi SOP ketika berada di tempat awam tidak kira sesak atau tidak. Kita perlu bersama-sama memberi kerjasama dalam membantu frontliners untuk membasmi wabak Covid-19 ini.

Baca: [TERKINI] Naik Lagi! 287 Kes Baru, 81 Kes Sembuh & TIADA Kematian Baru Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook