in

Kerajaan Tamatkan Subsidi & Kawalan Harga Ayam Mulai Rabu Ini

ft mat sabu subsidi ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam mulai 1 November 20203 (Rabu) ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun, subsidi bagi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

Jelasnya lagi, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM 3.8 bilion untuk menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.


Artikel Berkaitan : [TERKINI] Belanjawan 2024 : Subsidi Bagi Golongan ‘Maha Kaya’ Dihentikan

Artikel Berkaitan : Terpaksa Letak Minyak Subsidi Dalam Botol, Peniaga Mohon Kerajaan Timbang Rasa

tinjauan harga ayam003

“Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan.”

Tambah beliau, penamatan subsidi ayam itu dibuat selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling.

Tegas beliau, pihak kerajaan akan memastikan harga jualan ayam yang akan ditetapkan itu terus berada pada kadar munasabah.

2404357

“Kerajaan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara bagi memberikan pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa.”

“Di samping itu, melalui sesi libat urus bersama pemain industri pada 22 Okt 2023, kerajaan telah mendapatkan komitmen daripada pihak industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak mencatatkan kenaikan yang ketara sehingga membebankan pengguna.”

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 supaya tiada peniaga yang mahu ambil kesempatan cuba kaut untung dengan cara manipulasi harga.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.