Selepas terpalit dengan isu murtad dan kini menjadi buruan JAIS, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikatakan hilang dari ‘radar’ sehinggakan akaun media sosial Instagramnya juga telah dinyahaktifkan.
Susulan itu, netizen kini berpusu-pusu ‘melawat’ ke akaun Tiktoknya pula untuk meninggalkan komen peringatan serta nasihat supaya dia tidak melakukan perkara melulu terutama melibatkan hal agama Islam.
Namun apa yang mencurigakan netizen ialah di profil akaun TikTok Sajat, kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus menimbulkan persoalan ramai.
“Awat ada lambang salib kat profil tiktok?”
Lambang emoticon berbentuk salib di profil TikTok usahawan kosmetik ini telah menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen sehingga ramai yang bertanya apa sebabnya dia menggunakan lambang tersebut.
Hal ini sekaligus membuatkan netizen berspekulasi mengenai status agama Sajat yang berkemungkinan sudah keluar daripada Islam. Allahuakhbar!
“Kenapa keluar Islam… kita patut bersyukur apa yang kita ada”
Walau bagaimanapun, tak semua komen yang ditinggalkan di bahagian Q&A aplikasi tersebut mengecamnya, malah ramai juga yang memberi kata-kata semangat supaya Sajat kembali ke pangkal jalan.
Sehingga kini, sama ada pihak JAIS mahupun PDRM masih belum menemui Sajat selepas dia dikatakan ‘hilang’ susulan tidak hadir melibatkan kes mahkamah dengan JAIS berkaitan isu memakai pakaian wanita.
Apa-apapun nasihat admin, kita janganlah terlalu mengecam dan doakan yang terbaik supaya Sajat kembali ke pangkal jalan.