in

“Saya dah tak nak jadi orang Islam” – Sajat Dikatakan Buat Hal Lagi, Tular Video Kononnya Ingin ‘Keluar’ Islam?

Nur Sajadiah

Kini dalam buruan polis, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman nampaknya sekali lagi jadi sebutan netizen.

Hal ini kerana, viral di media sosial videonya hasil tangkap layar daripada Instagram usahawan tersebut yang dikatakan mengaku seolah-oleh berniat untuk keluar daripada agama Islam. Allahu… 

Tidak pasti bila video itu dimuat naik, namun berikut antara kata-kata yang dibicarakan Sajat menerusi video yang berdurasi 1 minit 48 saat tersebut, lapor Harian Metro.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

Sajat cari pasal lagi?Kuala Lumpur: Ketika masih dalam buruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, March 1, 2021

 

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

Video tersebut membuatkan beberapa pengguna media sosial agak marah dengan sikapnya dan ada juga meminta Sajat supaya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

Sajadiah

Apa-apapun diharapkan usahawan kosmetik ini janganlah terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara dan kembali semula ke pangkal jalan. Ramai yang tengah cari abang Sajat ni.

Baca: Nur Sajat Hilang? Dipercayai Sembunyi, Larikan Diri Dari JAIS

Sajat Lari

Sumber: Facebook