in

“Kenapa budak ni tak angkat kaki…” – Nampak Anak Murid Jalan Seret Kaki, Bila Tanya Rupa-rupanya…

Budak Sekolah Daif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengalir air mata. Itu perasaan seorang cikgu dekat sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah lepas dapat tahu pasal seorang murid. Katanya, murid tu tetap semangat nak hadir ke sekolah walaupun dalam keadaan daif dan menyedihkan. Cikgu Mohd Nasir Mohd Zain berkongsi dengan mStar, satu kisah tentang budak lelaki darjah tiga di sekolah tu.


“Saya tengok dia dari jauh, dia jalan tak angkat kaki dan tangan dia pegang seluar. Saya pun panggil dan pergi dekat dia.”

Bila ditanya kenapa murid tu jalan seret kaki sambil sebelah tangan pegang seluar sekolah yang dah lusuh, ternyata jawapan dia terus buat cikgu Nasir sebak.

“Saya tanya kenapa jalan macam ni. Dia kata saya tak boleh angkat kaki sebab kasut besar, ustaz. Saya cuba angkat masyaAllah, saya sebak.”

“Saiz kasut dia terlalu besar. Kalau besar sikit-sikit dia mungkin boleh jalan elok-elok tapi kasut dia memang besar, saya ingat tiga jari boleh masuk.”

Budak 1
sumber: facebook

Cikgu Nasir yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dekat sekolah tu kata seluar sekolah yang murid tu pakai pun terlalu besar dan nampak dah lusuh.

“Saya tengok seluar dia pun besar sangat sampai dia kena sangkutkan cangkuk di bahagian tali tempat letak tali pinggang.

“Dia pakai seluar abang dia yang darjah enam tahun lepas. Saya kenal abang dia, sekarang dah tingkatan satu.

“Dulu saya selalu tanya abang dia bawa duit ke tak ke sekolah? Dia kata bawa RM1, saya pun ‘top up’ seringgit dua.”

Budak 2
sumber: facebook

Kata cikgu Nasir lagi, kadang kala abang dia cuma bawa 50 sen sahaja dan ada juga pernah dia tak bawa duit langsung.

“Kehidupan mereka sekeluarga tahun lepas saya boleh kata susah tapi tahun ni lagi susah.”

Kesian dengan murid tu, cikgu Nasir terus minta izin dengan Guru Besar untuk bawa dia keluar untuk beli pakaian dan kasut sekolah baru.

“Saya panggil dia dan terus bawa ke Kepala Batas. Saya belikan dia semua yang baru. Dalam kereta saya tengok dia senyum, dia gembira.”

Budak 3

Budak 4
sumber: facebook

Alahai, admin pun sebak. Kadang-kadang kita tak bersyukur dengan apa kita ada, tanpa kita sedar sebenarnya ada yang lebih susah dan memerlukan.

Baca: Kenali Chef Cilik Danish Harraz, Muda-muda Dah Buat Kempen Bantu Anak Miskin Dan Sponsor Keperluan Sekolah

Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.