Semakin lama, orang ramai semakin resah menanti waktu untuk mendapatkan vaksin. Lebih-lebih lagi dengan kes harian dan jumlah kematian yang makin meningkat setiap hari.
Menerusi TikTok, seorang wanita dari Amerika Syarikat telah tunjukkan proses ketika dia menerima vaksin. Apa yang menariknya, wanita bernama Alyssa ini ambil vaksin secara pandu lalu je tau.
“Paling senang gila”
Alyssa memulakan videonya dengan memberitahu yang dia mempunyai penyakit autoimmune dan setiap kali dia ambil suntikan, dia akan mengalami alahan.
Ketika tiba di parkir lot tempat mengambil vaksin, wanita ini mengatakan yang dia perlu menunggu giliran dalam masa lebih kurang 10 minit. Kemudian, dia diberikan satu kad untuk diisi dan dalam kad tu dinyatakan yang Alyssa akan menerima vaksin jenama Pfizer.
Alyssa kemudiannya diberikan suntikan melalui tingkap keretanya.
Ini benda yang paling senang gila. Suntikan tu hanya ambil masa 2 saat sahaja!”
Selepas mendapat suntikan, wanita ini disuruh tunggu sebentar di dalam kereta untuk tempoh pemerhatian sekiranya dia mempunyai apa-apa kesan sampingan selepas mendapat suntikan tersebut.
Kalau saya ada kesan sampingan, saya hanya perlu bunyikan hon dan buka lampu kecemasan kereta dan seseorang akan datang dan bantu saya.”
Keesokan harinya, Alyssa mengatakan yang dia tak ada rasa sakit di lengan mahu pun apa-apa kesan sampingan lain.
Alyssa kemudiannya kongsikan dos kedua yang perlu diambil juga secara drive-thru dan selepas melalui proses yang sama, wanita ini mengatakan yang dia tak alami apa-apa kesan sampingan lain hanya bengkak sedikit di lengan.
Dah dua hari saya ambil vaksin dan saya rasa sihat. Jangan takut untuk ambil vaksin!”
Senang je. Drive thru je untuk dapatkan vaksin pic.twitter.com/SW0h5VKV8C
— ✨Pendapat Terpaling Matter✨ (@__loveshak) May 23, 2021
Perkongsian Alyssa ini ternyata telah mendapat perhatian ramai netizen dari Malaysia yang rata-ratanya suka dengan kaedah drive-thru vaksin yang dibuat di Amerika Syarikat itu dan meminta agar kerajaan turut lalukan perkara yang sama.
“Harap gomen buat camni bila dah masuk fasa 3 nanti”
Memang nampak smooth je cara pemberian vaksin pandu lalu ni. Kalau buat memang senang betul!
Baca: “Kita dah tak ada masa” – Doktor Rayu Percepatkan Vaksinasi, Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Nak