in

“Kita dah tak ada masa” – Doktor Rayu Percepatkan Vaksinasi, Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Nak

Rafidah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin meningkat kes COVID 19 di negara kita sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat tambahan pula muncul varian baru yang kian mengganas.


Perkara ini sekaligus mendapat perhatian Pakar Perunding Kesihatan, Dr Rafidah Abdullah yang berpendapat program vaksinasi di negara ini patut dipercepatkan untuk mencapai matlamat mengekang wabak COVID 19 daripada terus merebak dengan teruk di negara ini.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, ini antara point penting yang diperkatakan Dr Rafidah berkenaan program vaksinasi negara yang perlu diambil perhatian:

 

“Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah daftar, masih tertunggu-tunggu” 

Menurut Dr Rafidah, buat masa ini kerajaan perlu mengutamakan mereka yang betul-betul mahukan vaksin dan sudah mendaftar lama tetapi masih menunggu temujanji untuk vaksinasi yang tak kunjung tiba.

Lebih penting, berikan vaksin kepada golongan yang berisiko tinggi dan mempunyai sakit kronik.

 

“Bring in anything, everything. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit” 

Tambahnya lagi, mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan mahupun masyarakat patut turun padang beri pendedahan tentang vaksin dan kepentingannya kerana rakyat kini lebih mudah terpedaya dengan cerita dalam WhatsApp.

Bukan hanya bergantung kepada KKM saja untuk melakukan tugas ini.

 

“Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat” 

Dr Rafidah juga menggesa pihak media lebih mengutamakan berita mengenai kebaikan vaksin daripada bercerita tentang artis langgar SOP. Perkara ini akan membantu rakyat dalam membuat keputusan dengan lebih baik.

Admin rasa apa yang diutarakan Dr Rafidah itu benar belaka dan kita sebagai rakyat kenalah berganding bahu dalam menjayakan program vaksinasi ini.

Banyak negara lain yang dah ambil vaksin ni pun dah mampu menjalani kehidupan seperti biasa sebab negara mereka hampir bebas dengan COVID 19. Harap-harap kita juga berjaya dalam melawan perang COVID 19 ini suatu masa nanti.

Baca: Daerah Di Thailand Ini Beri Insentif Anak Lembu & Emas Untuk Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

Lembu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.