in

“Kecik-kecik dah ada fetish” – Dua Remaja ‘Korek’ Kubur Nenek 84 Tahun Sebelum Gilir-gilir Rogol Mayat

Collage 27

Entah apalah yang terlintas dekat fikiran dorang sampai dorang boleh tergamak nak buat macam ni?

Menurut The Sun, baru-baru ini dua remaja dari Filipina telah ditangkap kerana didakwa cuba merompak dan merogol mayat seorang wanita, Isabel Bastatas yang berusia 84 tahun sebelum meninggalkan mayat tersebut dengan kaki terkeluar dari keranda.

Twisted Teens Raped Corpse Of 84Y O Nenek After Breaking Into Her Coffin World Of Buzz
Sumber: the sun

Perbuatan dua remaja ini diketahui selepas keluarga wanita tua itu melawat kuburnya sehari selepas pengebumian dan menemui keranda wanita ini telah dibuka.

Mayat Isabel disyaki telah dirogol lepas dorang tengok pakaian dalam wanita ni dah tak ada dan ada tanda-tanda hubungan seksual dilakukan.

Twisted Teens Raped Corpse Of 84Y O Nenek After Breaking Into Her Coffin World Of Buzz 2
Sumber: the sun

Pihak polis telah pun menahan dua remaja ini dan mengesyaki dorang merompak mayat Isabel kerana memikirkan yang wanita ini mungkin mempunyai barang berharga yang ditanam bersamanya.

“Tangkapan dibuat selepas saksi tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.”

Pihak polis masih siasat jumlah barang yang telah dicuri dari mayat ini juga akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan sama ada betul atau tak mayat tersebut telah dirogol.

Twisted Teens Raped Corpse Of 84Y O Nenek After Breaking Into Her Coffin World Of Buzz 3

Keluarga Isabel mengatakan yang dorang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa suspek walaupun dua suspek ini menafikan penglibatan mereka.

 

Baca: “I suka sgt bau mayat” – Seram, Lelaki ‘Mengaku’ Suka Bau Mayat – Obses Dengan Darah Manusia

Screenshot 2019 10 09 At 12.37.26 Pm