in

“Keadaan tempat tinggal mereka agak ‘parah'” – Pusat Pungutan Zakat Bantu To’Ki Dapat Rumah Baharu

Toki3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kisah hidup dan keadaan di tempat tinggal penyanyi era 1990-an To’Ki tersebar, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tampil memberikan bantuan.


Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff memberitahu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu akan mendapat tempat tinggal baharu.

 

To’ki dan isterinya perlu kediaman yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ketika saya berkunjung, tidak sangka, keadaan tempat tinggal mereka agak ‘parah’. Malah, boleh dikatakan agak kritikal.”

Whatsapp Image 2020 07 02 At 6.17.16 Pm 1593700539

Itulah yang dikatakan oleh Ahmad Syukri apabila berkunjung ke kediaman To’ki dan isterinya yang patah tulang pinggulnya bertempat di Batu 12, Gombak.

Lapor Berita Harian, Ahmad Syukri menjelaskan bahawa To’Ki ini bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Sikap itu terserlah apabila pihaknya cuba tanya kan jika pasangan ini memerlukan sesuatu yang mereka mahukan.

 

Berat hati nak berpindah

Tambahnya lagi, To’Ki berat hati nak berpindah, ia kerana seperti yang pernah dikongsikan ini pondok itu menjadi ruang untuknya mendapatkan inspirasi untuk berkarya.

106152587 3315477585149130 372676882384900465 O 1593700549 106210214 3315477638482458 2931190012114320031 O 1593700544 106392218 3315477518482470 479241783806843771 O 1593700546

Bagaimanapun, pihak PPZ-MAIWP akan mencari insiatif untuk berikan rumah dikawasan berdekatan dengan pondok tersebut supaya senang untuk dirinya berkarya.

Pihak PPZ-MAIWP akan mengambil masa seminggu untuk mencari kediaman baru To’Ki. Dalam masa yang sama, Ustaz Ebit Lew juga ada berkunjung ke tempat To’Ki.

“Sampai sahaja, saya berdebar kerana rumah To’ki terletak jauh di dalam. Dari jauh To’ki menyambut dan memeluk saya tanpa sempat cakap apa-apa. Kami macam sudah lama kenal.” – Ustaz Ebit Lew

 

Baca : “Untuk menyelesaikan ‘hajat’ terpaksa ke sungai” – To’ki Bahagia Tinggal Di Pondok Kecil Bersama Isteri

Tk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.